Langkawi SkyCab | Homestay | Tanjung Rhu


http://www.panoramalangkawi.com/

Link di atas adalah website rasmi bagi syarikat yang mengendalikan perkhidmatan kereta kabel di Gunung Machinchang, Langkawi. Isnin lalu saya dan keluarga sebelah mertua telah pergi bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, melalui jeti Kuala Perlis (RM18 satu hala). Kali terakhir saya ke Langkawi adalah pada bulan April 2013 tetapi masa itu perkhidmatan kereta kabel ini di hentikan selama beberapa bulan untuk proses naiktaraf, jadi kali ini saya kembali semula ke puncak Gunung Machinchang sejak tahun 2006 ketika bercuti bersama rakan- rakan.

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan disini kerana disamping kereta kabel, mereka juga menyediakan aktiviti- aktiviti lain seperti Duck Tour, 6D Cinemotion, 3D Art Muzium, F1 Simulator (rFactor), SkyDome, dan pelbagai lagi aktiviti di kawasan sekitar yang dipanggil Oriental Village. Semuanya menarik, tetapi tepuk poket tanya beg duit. Saya hanya mengambil pakej SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion (RM32) dan menambah F1 Simulator (RM15) setelah turun dari gunung. 🙂

Saya tidak mahu berceloteh panjang kerana blog- blog lain banyak yang memberi penerangan terperinci tentang subjek- subjek yang saya ingin tunjuk kepada anda, tetapi saya ingin berkongsi dari sudut fotografi dan sedikit penceritaan tentang gambar- gambar tersebut. Kepada yang menghargai hasil fotografi, anda mungkin berminat untuk meluangkan masa melihat gambar- gambar di bawah.

_MG_9976

_MG_9926

  • Besi yang menggerakkan kereta kabel

_MG_9946

_MG_9996

  • Ketika kami sedang menuju ke puncak gunung, ia dilitupi kabus yang datang dari sebelah belakang, tetapi lebih kurang 30 minit kemudian awan beredar dan kami dapat menikmati pemandangan yang indah.

_MG_9997

_MG_0007

  • Kereta kabel ini mungkin tidak sesuai kepada yang takut kepada ketinggian atau gayat. Satu cara untuk mengatasinya adalah dengan menutup mata atau tidak melihat ke bawah.

_MG_0031

  • Kabus melitupi sebahagian dari pemandangan untuk beberapa ketika tetapi beredar sepenuhnya sebelum kami turun.

_MG_0161

  • Jika langit cerah, inilah pemandangan yang anda dapat lihat. Telaga Harbour kelihatan di bawah.

_MG_0173

  • Perjalanan menuju ke puncak mengambil masa kira- kira 15 minit termasuk perhentian di antara darat dan stesen puncak untuk menukar gondola dan menaiki dek peninjau peringkat pertama.

_MG_0041

_MG_0110

_MG_0061

  • Kabus sudah mula beredar dari puncak gunung dan memberikan pemandangan yang dicari- cari.

_MG_0246

  • Pemandangan dari sebelah belakang Gunung Machinchang melihat laut lepas yang menuju ke negara Thailand. Di sini boleh dilihat formasi batuan yang berusia jutaan tahun hasil dari proses semulajadi.

_MG_0266

_MG_0271

_MG_0277

  • SkyBridge terletak kira- kira 250 meter dari stesen puncak kereta kabel dan memerlukan anda membuat sedikit trekking dan harga tiket RM5.

_MG_0295

_MG_0308

_MG_0121

_MG_0140

  • Laluan trekking dari stesen kereta kabel ke SkyBridge. Pastikan anda tidak mempunyai masalah jantung atau sebagainya kerana laluan ini memerlukan stamina dan kekuatan untuk melepasinya.
  • F1 Simulator (RM15) anda mendapat 5 pusingan atau 8 minit. Terdapat 5 litar yang boleh dipilih, dan saya memilih Sepang kerana sudah menghafal litarnya.

_MG_0415_6_7_tonemapped

  • Sunset di Pantai Kok yang berada tidak jauh dari kawasan kereta kabel. Anda boleh singgah disini ketika dalam perjalanan pulang dan menikmati pasembur, rojak atau cendol yang dijual oleh peniaga tempatan sambil menikmati pemandangan pantai.

—————-

http://d-padi.blogspot.my/

Kami memilih Homestay dPadi kerana kami seramai 6 orang sekeluarga sesuai untuk tinggal di rumah berbanding hotel/ chalet. Homestay ini terletak di Kampung Makam Purba, Ulu Melaka, dengan pakej 3H2M + Toyota Avanza (RM540 weekdays) yang kami rasakan sangat berbaloi. Pemandu kereta akan mengambil anda dari jeti atau lapangan terbang, kemudian menghantar anda ke homestay dan selepas itu anda bebas dengan aktiviti sendiri. Klik link diatas untuk maklumat lanjut.

_MG_0444

_MG_0455

  • Setelah penat berjalan di sebelah siang, kami berehat di sebelah malam dengan mangambil gambar langit dan bintang sehingga mengantuk. Perlu diingat bahawa kawasan ini terdapat banyak nyamuk jadi jika anda ingin berada diluar pada waktu malam pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup.

_MG_0506_7_8_tonemapped

  • Jika anda sudah bosan dengan chalet memandang ke laut seperti yang terdapat di Pantai Cenang, saya syorkan anda tinggal di sini. Homestay ini yang terletak di tengah sawah padi dan kandang lembu (tiada bau busuk) memberi pemandangan alternatif daripada pantai.

_MG_0538

  • Gambar- gambar ini diambil pada jam 7.30 pagi ketika matahari terbit. Pemandangan yang indah sambil bersarapan pagi.

_MG_0563

_MG_0585

  • Pandangan belakang homestay. Homestay dPadi mempunyai 5 unit rumah dan 1 bilik yang terletak sebaris tetapi masih memberi privasi untuk setiap rumah.

_MG_0606

_MG_1225

_MG_1228

_MG_1285

  • Pantai Tanjung Rhu yang menempatkan Tanjung Rhu Resort merupakan pantai yang boleh dikatakan sebagai kawasan mutlak pengurusan Tanjung Rhu. Kawasan pantai ini dikawal dengan agak ketat berbanding pantai- pantai awam lain dan laluan ke sini akan ditutup pada jam 6 petang. Ini menjadikan pantai Tanjung Rhu antara pantai tercantik dan paling bersih di Pulau Langkawi.

2015-11-18-10.24

  • Pantai Cenang yang padat dengan chalet, pengusaha aktiviti sukan air dan pelancong luar dan dalam negara. Kawasan yang terbaik untuk sebarang aktiviti di waktu siang dan malam. Tetapi harga makanan di sini agak mahal.

2015-11-18-13.09

  • Gambar diambil dari dalam bot menuju ke Kuala Perlis untuk menamatkan percutian kami. Bot di dalam gambar berlepas pada masa yang sama menuju ke jeti Kuala Kedah yang mengambil masa lebih lama berbanding ke Kuala Perlis.

——————-

Kamera & perlatan

Canon 5D Mark II body

Canon EF 17-40mm f4 L lens

Samsung Galaxy 1

Leave a comment