Sedang Memikirkan Projek Baru

Saya sedang dalam perancangan menerbitkan satu projek baru berkaitan fotografi yang pernah saya lakukan sebelum ini, tetapi kali ini saya ingin mempertingkatkan kemahiran dan hala tuju yang lebih jitu. APakah projek itu? Buat masa sekarang biarlah ia menjadi rahsia, tetapi mungkin gambar di bawah boleh memberi sedikit gambaran.

Pantai Teluk Bayu, Teluk Kumbar

Dah lama rasanya tidak mengambil gambar landskap di Pulau Pinang, kampung halaman saya. Balik kampung kali ini, saya ingin mengambil gambar landskap di kawasan yang belum pernah saya datang. Setelah bertananya kepada rakan yang tinggal di sini, beliau mencadangkan Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Teluk Kumbar. Kawasan ini merupakan kampung nelayan majoriti Melayu, dan terletak…