Lata Bukit Hijau Yang Semakin Dilupai


Pagi tadi selepas melawat pasar karat Padang Serai, saya bersama isteri dan bapa sempat meronda di kawasan sekitar, dan kemudian melawat kawasan rekreasi yang sangat terkenal suatu ketika dahulu, Lata Bukit Hijau, Kedah.

Kepada yang masih ingat suatu masa dulu tempat ini merupakan salah satu tarikan utama aktiviti mandi sungai dan perkelahan di negeri Kedah terutamanya zaman 90an. Kemudian lama kelamaan tempat ini semakin dilupakan kerana semakin banyak tempat pelancongan mula dibuka di kawasan sekitar, terutamanya Sungai Sedim yang tidak begitu jauh dari sini.

Kali terakhir saya datang ke sini ketika saya di sekolah rendah dahulu, dan setelah kembali semula hari ini saya mula terfikir mungkin ada bagusnya tempat ini semakin kekurangan pelancong. Kebanyakan bangunan- bangunan seperti gazebo, surau dan tandas awam sudah lama ditinggalkan dan berada dalam keadaan yang sangat teruk, tetapi melihat kepada keadaan sekeliling, bagaimana alam semulajadi ‘mengambil alih’ semula hak mereka sangat mengujakan.

Sampah sarap pun semakin kurang, tangga- tangga batu dilitupi lumut, air sungai yang jernih bersih memberi gambaran bahawa tempat- tempat sebegini memang patut ‘dikembalikan’ kepada alam semulajadi. Biarkan manusia- manusia rakus ‘merosakkan’ Sungai Sedim dan biar Lata Bukit Hijau kembali ke keadaan asal, aman dan tenteram..

2015-11-15 12.12.10

2015-11-15 11.44.40

2015-11-15 11.45.11

2015-11-15 11.46.30

2015-11-15 11.46.50

2015-11-15 11.52.29

2015-11-15 11.53.31

2015-11-15 11.56.20

2015-11-15 11.57.27

2015-11-15 12.01.04

2015-11-15 12.01.51

2015-11-15 12.02.46

2015-11-15 12.03.12

2015-11-15 12.03.44

2015-11-15 12.04.31

2015-11-15 12.04.58

2015-11-15 12.05.15

2015-11-15 12.06.37

2015-11-15 12.07.05

2015-11-15 12.08.09

2015-11-15 12.08.30

2015-11-15 12.14.19

2015-11-15 12.16.42

*Semua gambar dan video diambil menggunakan kamera Samsung galaxy Note 1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s