Sukan Adalah Pentas Teater


Suatu masa dahulu ketika masih kanak- kanak di sekolah rendah dan menengah, kebanyakan kita pasti meminati rancangan gusti WWE (dahulunya dikenali sebagai WWF) yang ditayangkan di kaca televisyen. Dengan penuh semangat kita melihat mereka bertarung, mencederakan lawan untuk memenangi sesuatu perlawanan di gelanggang, biasanya kita mempunyai seorang penggusti yang kita minati, dan cukup benci dengan lawan beliau. Sungguh benar perasaan kita terhadap rancangan tersebut.

Tetapi lama- kelamaan apabila kita semakin dewasa, dan pemikiran mula berkembang, kita sedar bahawa segala yang ditunjukkan hanyalah lakonan semata- mata. Benar, mereka melakukan aksi lagak ngeri (stunt) yang berbahaya, tetapi mereka melakukannya sebagai satu lakonan yang tampak seperti perlawanan yang betul. Mereka merupakan pelakon- pelakon kepada sebuah produksi drama yang bernama World Wrestling Entertainment, dan gelanggang gusti tersebut adalah pentas teater mereka. Agak kecewa apabila kita mula sedar bahawa perasaan benci dan teruja yang kita punyai dulu hanyalah atas satu lakonan besar yang cuba ditonjolkan sebagai realiti oleh mereka.

Orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman. ‘Perjalanan’ tidak semestinya perjalanan fizikal dari pusat A ke pusat B, tetapi dalam erti yang luas perjalanan boleh diolah sebagai perjalanan hidup memahami realiti kehidupan. Kebanyakan kita yang meminati WWE ketika kecil dahuu pasti mengikuti perkembangan sukan- sukan professional sekarang atas beberapa faktor seperti;

  1. Minat dalam sesuatu sukan
  2. Sebagai mengisi masa lapang
  3. Bermain secara semi- professional atau professional

Saya dan rakan- rakan kebanyakanna berminat dalam sukan bolasepak sejak di bangku sekolah kerana ia merupakan sukan yang sangat popular di Malaysia dan dunia, tetapi dalam masa yang sama meminati sukan- sukan lain seperti badminton, bowling, permotoran, skuasy, renang, lumba basikal, snooker dan lain- lain. Kebanyakan dari kita bermain hanya untuk keseronokan dan aktiviti yang menyihatkan badan, manakala sebilangan kecil menjadi pemain sepenuh masa, yang bergantung hidup terhadap sukan yang mereka pilih.

51g47rfkvxl

  • Bacaan yang sesuai untuk pencinta bolasepak bagi memahami sistem di belakang tabir

Majoriti kita yang tidak bermain secara sepenuh masa, lebih banyak menonton sukan yang kita minati di kaca televisyen, dengan penuh semangat, menyokong pasukan/ atlit yang kita minati dengan sepenuh jiwa, seperti kita menyokong ahli gusti WWE suatu masa dulu, mengharapkan mereka menang, supaya kita mendapat kegembiraan di dalam hati yang kecil ini. Bayangkan betapa banyak wang, emosi, masa  dan tenaga yang dicurahkan, sudah pasti kita hendak melihat mereka berjaya, memandangkan pengorbanan yang telah kita lakukan.

Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa segala sukan yang kita minati ini hanyalah satu lakonan besar seperti WWE itu tadi? Pernahkah kita terfikir bahawa sukan zaman ini hanyalah satu bentuk hiburan di kaca televisyen, yang dicipta untuk menghilangkan kebosanan masyarakat, dan bukan sebagai petanda kemuncak potensi manusia, seperti yang selalu diwar-war kan? Jika benar, apakah berbaloi segala pengorbanan emosi, tenaga, wang dan masa yang kita curahkan selama ini semata- mata untuk sebuah lakonan yang di jaja sebagai benar? Tidak lupa juga kepada isu pengambilan dadah terlarang dalam hampir semua sukan professional, yang menggambarkan seolah- olah mereka ini ‘super human’ yang mempunyai potensi tertinggi.

Hampir semua dari kita tahu bahawa perjudian dan pengaturan perlawanan dalam sukan seperti bolasepak telah terbukti berkali- kali, seperti skandal rasuah bolasepak era 90-an dahulu, tetapi apa yang peliknya terjadi dikalangan kita adalah menyifatkan perkara itu sebagai faktor sampingan, atau isu terpencil, jadi mereka tidak menganggap ia sebagai penentu sesuatu keputusan. Ada yang lebih teruk, langsung tidak percaya kepada isu pengaturan perlawanan, dan terus menyokong pasukan mereka dengan sepenuh jiwa raga. Adakah mereka ini hidup dalam penafian atau masih dalam pemikiran ‘WWE adalah benar’?

Perjudian haram dan pengaturan perlawanan adalah faktor terbesar dalam sukan zaman ini, pasukan yang menang dan kalah bukanlah petunjuk sebenar potensi mereka, tetapi telah diambil alih oleh sindiket perjudian untuk mengaut keuntungan dari peminat- peminat yang masih tidak faham bagaimana sistem ini berfungsi. Ketika kita bersedih kerana pasukan yang kita minati kalah, para pemain tersenyum lebar kerana mendapat imbuhan tambahan hasil ‘menjual’ perlawanan tersebut. Segala pergolakan, pergaduhan, kemenangan, dan kekalahan dramatik hanyalah sebuah teater lakonan yang dipertonton kepada kita yang masih dalam fantasi bahawa sukan professional adalah petunjuk kemuncak potensi manusia.

Seperti masa dahulu saya mula sedar bahawa WWE hanyalah sebuah lakonan, kini saya sudah sedar bahawa sukan hanyalah sebuah lakonan juga, yang penuh dengan penipuan, perjudian, manipulasi dan jenayah yang berselindung disebalik keterujaan dan semangat kesukanan yang wujud dalam setiap hati kita. Kita membiarkan emosi kita menghalang daripada melihat kebenaran, kerana seperti WWE, kita mahu percaya yang ini adalah realiti.

———————–

Rujukan (bolasepak)

Selepas 21 tahun digantung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik balik hukuman terhadap 78 pemain bola sepak yang terlibat skandal rasuah dan mengatur perlawanan pada tahun 1994 hingga 1995. – See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dua-dekad-digantung-fam-akhirnya-ampun-78-pemain-dalam-skandal-rasuah#sthash.tdKEEpQt.dpuf

“There is a psychological refusal to admit this is going on,” Hill, an investigative journalist, said in a telephone interview Wednesday, the same day UEFA officials met with officials from nine national soccer associations to discuss a match-fixing scandal described as the biggest in European soccer history. “When a crime happens, most people don’t want to admit that it happened.” https://goal.blogs.nytimes.com/2009/11/27/q-a-on-match-fixing-with-declan-hill-author-of-the-fix/

Declan Hill, world’s leading sports investigative journalist. http://declanhill.com/

Incidents involving British footballers are relatively isolated, although betting scandals go back as far as 1915 when seven players were banned after Manchester United beat Liverpool 2-0 in a match at Old Trafford where the visitors missed a penalty. http://www.bbc.com/sport/football/24354124

Almost 60 results in Canadian Soccer League are alleged to have influenced by fraudsters since May, with all 12 teams involved in ‘suspicious’ matches. http://www.telegraph.co.uk/sport/football/11932437/Revealed-Entire-rogue-league-corrupted-by-match-fixing.html

2006 Italian football scandal (The Calciopoli)  https://en.wikipedia.org/wiki/2006_Italian_football_scandal , http://www.kelongkings.com/

Wilson Raj Perumal.   http://www.aljazeera.com/programmes/peopleandpower/2015/02/killing-ball-150218120522829.html

(Selain bolasepak)

34 SPANIARDS DETAINED IN TENNIS MATCH-FIXING INVESTIGATION http://www.tennis.com/pro-game/2016/12/34-spaniards-detained-in-tennis-match-fixing-investigation/62671/

World champion Ronnie O’Sullivan will be asked to explain claims he rejected a £20,000 offer to fix a Premier League snooker match about 10 years ago. http://www.bbc.com/sport/snooker/24487819

Lance Armstrong’s doping scandal https://www.theguardian.com/sport/2015/mar/09/lance-armstrong-cycling-doping-scandal

Snooker match fixing, Stephen Lee. http://www.bbc.com/sport/snooker/24114861

Russian Athlete’s Doping Scandal. https://www.theguardian.com/sport/2016/dec/27/russian-officials-admit-athletes-doping-olympics

Ben Johnson. http://en.espn.co.uk/athletics/sport/story/241555.html

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s