Suatu Pengembaraan Baru


Kita semua suka mengembara.

Ada yang suka bercuti ke luar negara, melawat kota- kota metropolitan, ada yang suka melihat pantai yang indah dan laut kebiruan, ada yang menjelajah ke tempat yang sukar untuk dilawati dan saya pula suka mencuba sesuatu yang baru.

Mencuba sesuatu yang baru pada saya juga adalah suatu pengembaraan; yakni pengembaraan mental dalam mencapai suatu matlamat yang belum pernah dihadapi. Tidak seperti melancong, mencuba sesuatu yang baru tidak memerlukan modal kewangan yang tinggi membolehkan saya dan sesiapa saja mencubanya. Tambahan pula saya suka sesuatu yang mencabar minda, walaupun saya juga suka mengembara ke tempat- tempat baru untuk mengambil gambar.

https://qemaih.wordpress.com/

2016-02-18 14.05.09

  • Semuanya bermula di atas kertas

Kepada rakan- rakan yang baru mengenali saya ketika menjadi jurugambar sejak 8 tahun yang lalu, anda mungkin tidak mengetahui bahawa saya asalnya adalah seorang perekabentuk dalaman (interior design) berkelulusan Diploma in Interior Design. Pekerjaan pertama saya adalah Junior Designer di sebuah kilang perabot pejabat di Rawang, dan kemudian saya melangkah ke jawatan baru sebagai Interior Designer di sebuah firma di Kuala Lumpur. Selama 6 tahun saya berada di dalam bidang ini sebelum melangkah ke dunia fotografi pada 2009 secara sepenuh masa.

2016-02-25 10.03.25

2016-02-25 11.43.10

  • Rangka yang kuat adalah asas kepada pembinaan perabot, dan juga kehidupan

Tahun ini, saya telah mengambil keputusan untuk melupakan dunia fotografi perkahwinan buat masa ini dan mencuba sesuatu yang baru, pengembaraan baru secara mental. Saya berkeputusan berpindah semula ke Pulau Pinang setelah lebih 15 tahun bermastautin di Kuala Lumpur, dan situasi ini membuka saya kepada projek berkebun dan pertukangan kayu.

Projek kebun telah saya terangkan di penulisan saya sebelum ini, dan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai pengembaraan dalam bidang pertukangan kayu (perkayuan).

2016-03-01 11.44.59

  • Peralatan yang minima boleh mendatangkan pulangan yang baik jika digunakan dengan bijak

2016-03-01 14.08.42

2016-03-02 12.19.30

Walaupun saya berpelajaran secara formal di dalam bidang Interior Design, skop pekerjaan saya lebih tertumpu kepada rekabentuk sebuah ruang seperti rumah atau pejabat dan juga perincian perabot- perabot, tetapi tidak pernah membinanya secara sebenar. Maksudnya lukisan yang saya buat akan dihantar ke kilang perabot untuk dibina mengikut spesifikasi, tetapi kali ini saya nekad untuk mencipta dan membina sendiri perabot untuk merasai kepuasan hasil tangan.

Saya bermula kira- kira 4 bulan lalu dengan beberapa peralatan asas seperti gergaji tangan, jigsaw, sander dan lain- lain, membina barang kecil seperti dulang hantaran dan kotak simpanan. Kemudian saya mula membina barangan yang lebih besar seperti meja sisi dan meja kopi (coffee table). Hasil binaan tersebut mula mendapat sambutan dan barangan yang paling laku adalah dulang hantaran; mendapat tempahan sejauh Negeri Sembilan.

2016-03-03 13.58.28

  • Percubaan susunan sebelum pemasangan

2016-03-04 10.48.11

2016-03-04 12.38.26

  • Pintu kabinet

Selepas itu, seorang rakan lama telah meminta saya untuk membuat sebuah perpustakaan kecil di ruang tv rumah barunya. Skala projek tersebut adalah yang paling besar pada saya setakat ini, dan perasaan risau itu timbul kerana perasaan tidak yakin boleh melakukannya timbul, perkara biasa ketika kita mencuba sesuatu yang baru. Teringat zaman mengambil gambar perkahwinan secara berseorangan buat kali pertama.

Namun saya bersikap positif dan yakin kerana ini mungkin pemangkin ke arah haluan yang lebih baik. Setelah 2 minggu bertungkus- lumus seorang diri, akhirnya projek tersebut siap dan hasilnya memuaskan pada pandangan saya. Projek yang tidak pernah saya buat selama ini, dengan skala yang besar, ketika baru 4 bulan memegang gergaji menyebabkan kepuasan itu lebih terasa. Apa yang saya pelajari dari episod ini terbahagi kepada 2:

  • Keyakinan kita pada seseorang mendorong individu itu mencapai tahap yang lebih tinggi

Ini bermakna tanpa seseorang yakin terhadap kita, tidak mungkin kita dapat menunjukkan kemampuan membuat sesuatu yang bernilai. Dorongan dan keyakinan itu penting, yakni ia memberi kekuatan mental untuk pergi lebih jauh, dan memajukan diri. Sebab itulah orang yang berpengalaman selalu memberi tunjuk ajar kepada golongan muda, kerana tanpa dorongan, manusia mungkin tidak sedar yang mereka boleh mencapai bintang.

  • Kita tidak akan tahu sejauh mana kita boleh pergi sehingga kita mencubanya sendiri

Mempunyai ilmu teori dalam sesuatu perkara tidak menjamin kita boleh melakukannya secara fizikal. Contohnya seorang yang bijak dalam analisa bolasepak tidak semestinya pandai bermain di padang. Setiap pencapaian besar bermula dengan satu langkah kecil. Kita mungkin kurang keyakinan pada permulaannya, tetapi dengan mengambil selangkah demi selangkah kita dapat membina keyakinan hingga ke penghabisan. Jika kita hendak tahu kemampuan kita dalam sesuatu perkara, turun padang dan mulakan langkah pertama!

2016-03-05 12.49.32

  • Proses penghantaran bermula

2016-03-05 14.44.43

2016-03-08 16.20.32

  • Proses pemasangan di rumah

Dengan siapnya projek ini, saya merasai bahawa saya telah melalui pengembaraan yang baru, tetapi mungkin juga saya hanya baru menemui kemampuan yang tersimpan selama ini sejak mendapat Diploma in Interior Design 13 tahun lalu. Apapun, semuanya tidak akan berlaku jika saya tidak mengambil langkah yang pertama, dan keyakinan orang lain terhadap kemampuan saya.

2016-03-10 13.27.30

 

Hasil kerja yang telah siap

_MG_4815

_MG_4834

_MG_4841

_MG_4851

_MG_4865

_MG_4872

_MG_4889

——————

Ridhuan Abu Bakar
11 Mac 2016

Advertisements

2 thoughts on “Suatu Pengembaraan Baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s