Mari Berkebun


2016, tahun baru, subjek baru.

Sempena menyambut seruan menteri- menteri Malaysia yang terlebih bijak untuk membuat 2 pekerjaan, kini saya mempunyai 3 pekerjaan; jurugambar, tukang kayu dan pekebun.

Kebun yang dibuat di atas tanah ibubapa saya di Seberang Perai, saya memulakan eksperimentasi dengan menanam jagung dan beberapa pokok bendi. Banyak ilmu yang perlu dipelajari dalam bidang ini, tidak lupa juga dengan kos permulaan yang tinggi. Untuk kebun berkeluasan lebih kurang 9000 kaki persegi ini, anggaran kos yang diperlukan adalah lebih kurang RM7000- 10,000. Sama macam ketika saya bermula perniagaan fotografi pada 2010 dahulu. Kebun ni nampak selekeh di luaran, tetapi jangan pandang rendah pada mereka ini, terutamanya yang dah lama, kerana modal yang mereka telah laburkan senang- senang boleh membeli sebiji Mercedes atau BMW model terkini.

Tidak ada apa yang lebih menggembirakan daripada memakan dari hasil tanaman sendiri. Bermula dengan tanaman sayuran, idea ini boleh dikembangkan lagi kepada ternakan ayam, itik dan juga kambing di masa hadapan. Komitmen yang diperlukan juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan perniagaan- perniagaan lain.

Masih banyak lagi perkara- perkara yang belum lengkap menyebabkan saya tidak boleh menanam keseluruhan batas, terutamanya masalah tekanan air yang tidak kuat. Jika tekanan tidak kuat maka sistem sprinkler tidak dapat digunakan. Penyelesaian jangka pendek adalah dengan menggunakan tangki septik yang akan tiba beberapa hari lagi. Penyelesaian jangka panjang adalah dengan mengorek telaga ke kedalaman 50 kaki, dimana sekarang hanyalah 25 kaki menyebabkan takungan air di bawah tanah tidak mencukupi untuk memberikan bekalan air berterusan ke sistem sprinkler tersebut.

Setakat ini tanaman jagung dan bendi tumbuh dengan baik, dimana waktu siraman adalah sekali di sebelah pagi dan sekali di sebelah petang, dan penggunaan racun kulat dan vitamin yang minimal.

Terlalu besar potensi yang boleh dicapai di ruangan yang kecil ini, dan kemajuan akan dibuat secara berperingkat, sejajar dengan penambahan ilmu. Mungkin suatu hari nanti saya akan bina rumah sendiri di atas tanah ini siapa tahu…

2015-06-15 17.59.01

2015-06-15 18.38.53

2015-06-15 18.39.09

2015-12-04 11.01.09

2015-12-05 15.24.08

  • Traktor membuat batas

2015-12-07 11.26.09

  • Pam air telaga

2015-12-09 10.36.27

  • Benih jagung manis

2015-12-14 11.02.49

  • Anak pokok berusia 5 hari

2015-12-28 10.18.48

2015-12-28 18.47.42

2015-12-28 18.53.01

  • Pondok sementara tempat meletak pam air

2016-01-06 09.41.49

2016-01-16 17.17.07

  • Pokok bendi

2016-01-16 17.19.08

2016-01-16-17.29.08

Gambar diambil menggunakan Samsung Galaxy Note

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s