Who Built the Moon?


_MG_8511

Sepanjang 5 tahun kebelakangan ini saya banyak membaca buku, ebook, berita dan menonton video di YouTube tentang pelbagai aspek kehidupan dan dunia seperti moral, politik, agama, sains, teknologi, sejarah manusia, hiburan dan kerohanian. Kita adalah makhluk yang sangsi (curious), kita semua ada perasaan ingin tahu, seperti di zaman kanak- kanak dahulu. Kita akan panjat tingkap, tangga tanpa mengetahui akibat jika terjatuh. sentiasa ingin memegang benda di sekeliling dan sebagainya. Namun semakin kita membesar, kita semakin hilang perasaan sangsi itu.

Semua itu berubah apabila saya berhenti bekerja di sebuah syarikat dan menjadi usahawan sepenuh masa kira- kira 6 tahun lalu. Oleh kerana telah bebas daripada rutin harian yang telah ditetapkan, banyak masa yang terbuka untuk memasukkan ilmu- ilmu baru ke dalam minda. Banyak pengalaman berharga naik turun yang saya dapati pada 6 tahun terakhir ini berbanding 27 tahun sebelumnya.

Seperti saya nyatakan tadi tentang cabang- cabang pengkajian selama ini, antara topik- topik yang menarik minat saya adalah tentang hadis, penilaian semula yang dipopularkan oleh Kassim Ahmad, sejarah Islam seperti Sunnah, Syiah, Khawarij, Quranis, pembukuan Al- Quran, hasil kerja Aidid Safar, Rashad Khalifa dengan kerja beliau Code 19, Dr. Asri (Dr. MAZA) dan seangkatannya, Malcolm X, Louis Farrakhan, dan banyak lagi sudut keagamaan yang terdapat di dunia ini.

Kemudian yang lain- lain seperti Law of Attraction dengan buku The Secret (Ronda Byrne), 4 Hour Workweek hasil tulisan Tim Ferris, Jim Rohn, Robert Kiyosaki, Mike Dooley, Bob Proctor, Anthony Robbins dan yang sebaris dengan mereka, yang pada mulanya saya sangka adalah berkenaan kerohanian tetapi akhirnya mereka hanyalah ejen- ejen kapitalis mengajar cara- cara membuat duit.

Fasa berikutnya adalah fasa sains dan teknologi, dimana pertempuran hebat sepanjang zaman iaitu agama vs sains yang tampak seperti sentiasa bertentangan dalam hukum dan prinsip. Tetapi apabila dikaji secara ikhlas dan jujur, sains juga adalah salah satu cabang agama. Ia ada dogma, hukum hakam, paderi (orang yang berkuasa), kitab yang tersendiri, pusat pengumpulan (ritual haji) dan banyak lagi terma yang mengkaburi manusia yang menyangka sains adalah yang paling benar.

Lain- lain topik seperti secret society (illuminati, freemasonry, skull & bones, bildeberg, zionis), Nazism, serajah dunia seperti tamadun Mesir, Maya dan tamadun Melayu yang kesemua ini nampak seperti disimpan dari pengetahuan umum. Apa yang kita belajar selama ini hanyalah tulisan tangan penjajah British, itu yang perlu diingat.

Flat Earth Theory, Convex Earth Theory, Concave Earth Theory, Hollow Earth Theory antara topik- topik yang sangat menarik minat saya akhir- akhir ini. Bagaimana 4-5 teori yang berlainan sesama mereka tetapi boleh dibuktikan dengan teori sains dan matematik. Tak mungkin kesemuanya betul bukan? Dari pandangan neutral seperti saya, ini juga boleh menunjukkan bahawa sains tidak lain hanyalah teori dan prasangka individu yang ingin membuktikan teorinya. Pendek kata, sains tidak muktamad.

Kemudian, hasil daripada topik tersebut, saya menemui satu lagi isu yang sangat menarik perhatian dan saya telah menghabiskan banyak masa untuk mengkaji ideologi tersebut. Isu tersebut adalah berkenaan bulan. Bulan yang kita semua dapat lihat setiap malam, menyinar kegelapan malam, sebenarnya masih menjadi misteri kepada umat manusia sejagat. Ia merupakan planet yang paling hampir dengan bumi, tetapi masih banyak persoalan yang belum dapat dihuraikan tentangnya.

Ia bukan berkenaan konspirasi NASA yang tidak pernah sampai ke bulan, tetapi menceritakan apakah asal usul bulan, dari mana ia datang, adakah ia buatan manusia, adakah makhluk lain yang terlibat? Pada anda yang mempunyai masa lapang seperti saya, mungkin anda tertarik dengan video di bawah. Saya menghabiskan banyak masa mengkaji topik spesifik ini, dan saya mencadangkan anda melihatnya juga, jika anda masih ada sifat ingin tahu seperti zaman kanak- kanak dahulu…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s