Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal


Semalam saya sempat melawat sebuah pekan kecil di sempadan Pulau Pinang dan Kedah, Pinang Tunggal untuk mengambil gambar jambatan keretapi lama ini. Semasa kecil dahulu ketika kami sekeluarga ingin pulang ke kampung bapa saya di Baling, Kedah, kami akan melalui lintasan keretapi Pinang Tunggal. Sebagai budak yang meminati kartun Thomas & Friends, setiap kali kami melalui lintasan ini saya berharap akan berhenti untuk melihat keretapi melintas.

Itu sejarah 20 tahun dahulu, kini jambatan dan lintasan tersebut sudah digunakan lagi kerana pihak KTM telah mengubah laluan keretapi tidak jauh dari situ kerana menaik taraf kepada sistem rel berkembar yang digunakan untuk sistem ETS yang baru dilancarkan tahun ini. Walaupun peningkatan kepada sistem dan landasan yang lebih moden adalah keperluan sesebuah negara untuk maju, tarikan untuk melihat kesan sejarah juga penting untuk dipelajari oleh generasi akan datang.

Kita patut berterima kasih kepada KTMB kerana tidak meruntuhkan jambatan lama ini kerana pada saya nilai sentimentalnya sangat tinggi dan menjadi bukti bahawa pekan Pinang Tunggal ini merupakan sebuah bandar yang penting suatu masa dulu terutamanya pada zaman pendudukan British. Mereka yang membina jambatan ini sebagai laluan utama menyeberangi Sungai Muda yang lebar ini.

Diharap supaya kerajaan dan KTMB mengekalkan secebis warisan sejarah ini untuk tatapan umum dan menjadikan ia sebagai suatu mercu tanda pekan Pinang Tunggal pada masa akan datang. Semalam saya sempat singgah disini untuk mengambil beberapa keping gambar matahari terbenam. Walaupun memasuki kawasan ini sangat bahaya dan atas risiko sendiri, tetapi tarikannya membuatkan risiko itu berbaloi.

untitled_150814_7903_4_5_tonemapped

untitled_150814_7839_40_41_tonemapped

untitled_150814_7921_2_3_tonemapped

untitled_150814_7927_8_9_tonemapped

MEMBELI GAMBAR INI

 

Disebalik tabir

2015-08-14 19.26.12

2015-08-14 19.38.45

2015-08-14 19.39.01

Fotografi oleh Ridhuan Abu Bakar

Canon 5D Mark II
Canon EF 17- 40mm f4 L
77mm Circular Polarizer
Tripod cap ayam 😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s