Air Terjun Chamang, Pahang


Air terjun Chamang merupakan sebuah pusat rekreasi air terjun dan sungai yang di daerah Bentong, Pahang. Terletak kira- kira 15 minit dari pusat bandar Bentong, air terjun ini boleh dimasuki menggunakan semua jenis kenderaan kerana keadaan jalan yang berkeadaan baik luas.

Dari simpang jalan utama ke air terjun Chamang ini adalah kira- kira 10km. Jalan ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana jalan yang tidak sibuk dan juga berbengkang- bengkok.

Kawasan rekreasi Chamang ini dijaga dengan baik oleh majlis perbandaran terutamanya aspek kebersihan kawasan sekitar, walaupun ada juga segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuat sampah dan meninggalkannya di kawasan sungai. Jambatan gantung juga adalah salah satu tarikan yang terdapat disini membolehkan anda melintas sungai tersebut dengan mudah.

Salah satu perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika berkunjung disini adalah fenomena kepala air yang boleh datang secara mengejut terutamanya selepas hujan. Jika anda suka mandi di tengah sungai dan duduk di atas batu batan, pastikan anda sentiasa berhati- hati dan melihat di kawasan atas air terjun untuk kehadiran kepala air yang boleh datang secara tiba- tiba.

https://youtu.be/nUSVFDu9I_I

Fenomena kepala air

Antara aktiviti- aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah:

  1. Perkelahan
  2. Perkhemahan
  3. Mandi manda
  4. Aktiviti berkumpulan/ team building

Tandas awam dan bilik mandi juga tersedia disini dalam keadaan yang sangat baik memastikan keselesaan anda sepanjang berada di kawasan Air Terjun Chamang ini. Lot parkir juga luas dan ada juga lot parkir untuk bas dan kenderaan besar.

Memandangkan kawasan ini berada di celah- celah bukit, kawasan ini akan mula menjadi gelap seawal jam 6.30 petang, dan anda dinasihatkan untuk keluar sebelum jam 7 petang kerana jalan akan menjadi gelap selepas itu. Talian telefon juga tiada di kawasan ini jadi pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan minyak mencukupi.

Selain fenomena kepala air yang kerap berlaku disini, terdapat beberapa kawasan larangan/ bahaya seperti pusaran air sepanjang air terjun ini. Pastikan anda melihat papan tanda amaran yang diletakkan di sekitar air terjun untuk mengelakkan dari ditimpa sebarang insiden. Perlu diingatkan bahawa kawasan ini telah meragut banyak nyawa setiap tahun jadi mematuhi tanda amaran adalah perkara paling penting yang anda perlu tahu ketika berada sini.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang saya rakamkan beberapa hari lalu ketika pulang ke kampung mertua saya.

Untitled-1

Koordinat GPS : 3.509600, 101.857787

Bunyi yang menenangkan jiwa

BUY THESE PHOTOS

_MG_6936_MG_6883_MG_6893_MG_6909_MG_6920_MG_6942

Fotografi oleh Ridhuan Abu Bakar
Peralatan
Canon 5D Mark II body
Canon EF 17-40mm f4 L Lens
Circular Polarizer

All Rights Reserved. Copyright 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s