Projek Kayu DIY


Dalam pada bercuti dari sebarang aktiviti fotografi di bulan puasa, saya melibatkan diri dalam projek kitar semula bahan semulajadi untuk dijadikan barangan yang praktikal disamping menjimatkan duit untuk membeli.

Jika anda mempunyai masa, tenaga dan peralatan yang sesuai, apa salahnya mencuba.

2015-04-25 18.12.55

Pokok yang ditebang masih boleh digunakan jika ada kreativiti.

2015-04-25 18.18.40

Tekstur kulit pokok yang menarik menambahkan lagi karakter sebarang perabot yang hendak dibuat.

2015-04-26 09.57.54

Kulit pokok dipotong menggunakan ‘chainsaw’ mengikut kesesuaian anda. Saya memerlukan potongan yang nipis seperti di atas, walaupun ketika ini saya pun tidak tahu apa yang hendak saya buat dengannya.

2015-04-26 10.03.12

Kepingan kayu yang telah siap dipotong. Tekstur dalaman yang agak menarik walaupun bukan yang terbaik.

2015-07-07 08.18.50

Proses melicinkan permukaan dengan menggunakan kertas pasir sahaja. Yang kiri sebelum dipasir dan yang kanan telah dipasir.

2015-07-07 08.19.08

Permukaan tidaklah 100% licin tetapi sudah memadai untuk projek kecil pertama saya ini.

2015-07-08 09.36.58

Membeli kemasan ‘varnish’ dan juga ‘thinner’ untuk proses ‘finishing’.

2015-07-08 09.44.38

Gam kayu digunakan untuk menutup sebarang keretakan. Kesilapan pertama saya apabila menyapu terlalu banyak gam di permukaan menyebabkan kesannya kekal walaupun setelah di ‘varnish’.

2015-07-09 17.34.30

Membuat 2-3 lapisan varnish, setiap satu lapisan dibiarkan kering selama 10 minit sebelum lapisan berikut disapu.

2015-07-09 17.34.37untitled_150710_6467

Salah satu kepingan kayu menjadi alas gelas

untitled_150710_6474untitled_150710_6484

Satu lagi kayu dijadikan pemegang kunci.

———–

Projek pertama pertukangan ringan, hasil kerja yang sangat amatur dengan peralatan minima. Mungkin selepas ini menjadi motivasi untuk membina lebih banyak kerja kayu disamping mengasah kreativiti berfikir.

Sebenarnya banyak lagi benda boleh dibuat dengan kepingan kayu tersebut, cuma apa yang diperlukan adalah kreativiti dan masa untuk bertukang.

Kos pembuatan lebih kurang RM5-10 (tidak mengira kos permulaan membeli barangan seperti varnish dan ‘thinner’)

Selamat bertukang! 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s