Penggunaan Bahasa Kebangsaan


Memiliki status negara dunia ketiga mengikut takrifan negara barat, negara Malaysia mempunyai cita- cita untuk menjadi negara yang maju selepas mencapai kemerdekaannya dari British pada tahun 1957 dan kemudian pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963, sesuai dengan konsep pertumbuhan ekonomi dan kemajuan diri. Kita sentiasa diajar sejak kecil supaya berusaha memajukan diri seiring dengan tumbesaran badan dan minda. Sememangnya orang yang tidak berusaha memajukan diri adalah orang yang akan ketinggalan dalam arus pembangunan dunia. Itulah idea yang telah ditanam di dalam minda setiap manusia sejak kecil.

Ada banyak takrifan yang boleh dibuat untuk menentukan hala tuju kemajuan diri atau negara. Dalam artikel ini saya ingin mengkaji tentang kepentingan bahasa kebangsaan dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Sebagai permulaan, mari kita lihat takrifan Wawasan 2020 yang telah digariskan oleh kerajaan:

waw2020Klik gambar untuk paparan lebih jelas (Sumber http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020)

Kesimpulan dari takrifan diatas pada pendapat saya adalah:

  1. Pertumbuhan ekonomi pada kadar 7% setiap tahun
  2. Matlamat rakyat adalah sama untuk semua (mewujudkan Bangsa Malaysia)
  3. Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
  4. Mewujudkan sistem sosial dimana kepentingan masyarakat adalah paling utama
  5. Pengagihan kekayaan secara adil untuk setiap kaum

Seperti yang kita sedia maklum negara maju di dunia ketika ini terdiri dari 8 negara yang juga dikenali sebagai G8, tetapi sejak tahun 2014 negara Rusia telah digantung keahlian atas sebab- sebab politik. Negara- negara tersebut terdiri daripada:

  1. Kanada
  2. Perancis
  3. Jerman
  4. Itali
  5. Jepun
  6. Rusia (digantung 2014)
  7. United Kingdom
  8. Amerika Syarikat
  9. Kesatuan Eropah

Pengenalan ringkas tentang G8:

The forum originated with a 1975 summit hosted by France that brought together representatives of six governments: France, the Federal Republic of Germany, Italy, Japan, the United Kingdom, and the United States, thus leading to the name Group of Six or G6. The summit became known as the Group of Seven or G7 in 1976 with the addition of Canada. The G7 is composed of the seven wealthiest developed countries on earth (by national net wealth or by GDP), and it remained active even during the period of the G8. Russia was added to the group from 1998, which then became known as the G8; Russia was, however, suspended in 2014.

(Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/G7_(forum)

Kesimpulannya negara- negara G8 ini terdiri daripada 7 negara + 1 Kesatuan industri yang terkaya melalui kiraan GDP* iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Maka untuk Malaysia mencapai status negara maju seperti negara- negara di dalam G8, kerajaan perlu menukar falsafah negara ke sebuah negara berindustri tinggi yang berteraskan import dan eksport yang menekankan pengeluaran industri secara besar- besaran.

Kita boleh lihat usaha kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut dalam 30 tahun kebelakangan ini dengan memperkenalkan pelbagai sektor industri baru seperti:

  • Automotif (Proton, Perodua, Modenas)
  • Pertanian (Felda, Felcra)
  • Penarikan pelabur asing ke dalam negara dalam pelbagai sektor (ekonomi negara hari ini dikawal 40% pelabur asing)
  • Percambahan zon- zon industri kecil dan berat di seluruh negara
  • Memperkenalkan konsep “Pertanian Satu Perniagaan”
  • Mewujudkan dan meningkatkan taraf infrastruktur terpenting negara seperti KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Empangan Hidro Bakun, penswastaan Telekom, Tenaga Nasional dan lain- lain inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan negara
  • Membuka sektor Teknologi ICT di Cyberjaya yang menekankan aspek informasi digital dan internet berkelajuan tinggi

Mengikut senarai di atas pada pendapat saya, ada beberapa sektor yang diperkenalkan tidak termasuk dalam falsafah Wawasan 2020 iaitu “menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri” terutamanya sektor automotif dan teknologi ICT, walaupun ia bukan satu kesalahan. Ini kerana mengikut sejarah Tamadun Melayu/  Nusantara secara amnya kita tidak pernah mempunyai sejarah dalam bidang automotif seperti pembuatan kereta dan motosikal. Ini merupakan satu sektor yang baru untuk masyarakat Malaysia berbanding negara Jepun, United Kingdom dan Itali contohnya. Negara- negara tersebut mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang automotif, maka adalah perkara biasa untuk negara mereka memperkembangkan teknologi automotif sehingga ke hari ini kerana itu adalah acuan mereka.

IMG_2536

Sama juga seperti industri pertanian di Felda, walaupun negara kita memang terkenal dengan kekayaan hasil bumi, pokok getah dan sawit bukan berasal dari  Malaysia. Ia dibawa dari luar dan ditanam disini oleh pihak British kerana mempunyai jenis tanah yang sesuai untuk pokok- pokok tersebut hidup. Kini kita merupakan pengeksport terbesar Kelapa Sawit dan Getah dunia hasil penanaman secara besar- besaran melalui proses memusnahkan hutan hujan tropika berusia jutaan tahun di Pahang dan Sarawak terutamanya (Sumber http://news.mongabay.com/2013/1115-worlds-highest-deforestation-rate.html) Boleh rujuk sejarah kemasukan pokok getah dan sawit di internet.

Saya tidak mahu masuk lebih dalam dalam isu ini tetapi secara mudahnya kebanyakan industri yang dibuka di negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 tidak mengikut acuan sendiri seperti yang dinyatakan dalam piagam tersebut. Contoh industri asal kita adalah bijih timah, pembuatan besi, perak dan emas, perkapalan dan pelancongan.

——————-

Perkara utama yang saya ingin ketengahkan disini adalah isu bahasa rasmi yang juga dikenali sebagai bahasa perantara. Kita perlu tahu dalam setiap tamadun- tamadun agung sejak dahulu, aspek bahasa/ penulisan merupakan salah satu aspek terpenting jika bukan yang paling penting dalam membina sesebuah tamadun yang berjaya. Tamadun Mesir contohnya, mereka terkenal dengan sistem Eqyptian Heiroglyphs dan bukti- bukti penggunaan bahasa tersebut jelas dilihat di monumen- monumen utama seperti Piramid di Giza, Mesir. Mereka tahu rakyat yang menggunakan satu bahasa mudah untuk berkomunikasi dan bekerjasama kerana tiada halangan.

diwant_2013_09_29_9999

Di Malaysia, Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa bahasa rasmi negara adalah Bahasa Malaysia/ Melayu (bergantung pada keselesaan anda) dan perlu digunakan sebaik mungkin dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam kehidupan seharian seperti dalam urusan perniagaan, di papan- papan tanda dan lain- lain walaupun tidak menafikan hak untuk menggunakan bahasa selain Bahasa melayu. Perkara ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 dan ia tidak boleh diubah sewenang- wenangnya.

Disini ada sedikit masalah yang boleh timbul apabila penggunaan pelbagai jenis bahasa dipraktikkan secara berleluasa di peringkat tertinggi dalam sebuah negara yang kecil seperti Malaysia pada hemat saya. Bukan hendak mempertikaikan artikel Perlembagaan Malaysia tersebut tetapi ingin melihat impak ke atas imej kerajaan. Saya juga bukanlah seorang peguam yang boleh mentafsirkan isi kandungan perlembagaan maka saya hanya bercerita dalam konteks sosial di peringkat individu.

Mari kita lihat senarai negara maju G8 dan apakah bahasa rasmi mereka:

  1. Kanada (Bahasa Inggeris)
  2. Perancis (Bahasa Perancis)
  3. Jerman (Bahasa Jerman)
  4. Itali (Bahasa Itali)
  5. Jepun (Bahasa Jepun)
  6. Rusia (Bahasa Rusia)
  7. United Kingdom (Bahasa Inggeris)
  8. Amerika Syarikat (bahasa Inggeris)
  9. Kesatuan Eropah

Di sini jelas kelihatan bahawa setiap negara membawa bahasa sendiri dalam pembinaan tamadun, walaupun kebanyakan negara mempunyai peratusan rakyat yang berhijrah dari negara lain dan membawa bahasa ibunda mereka ke sana, tetapi dalam urusan seharian seperti di tempat awam, bahasa dalam urusan rasmi dan papan- papan tanda mereka menggunakan bahasa rasmi negara tersebut, dan mereka bangga dengan bahasa mereka. Contohnya negara Perancis dan Jerman menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi tidak digunakan secara meluas melainkan ketika berinteraksi dengan pelancong luar atau dengan orang yang hanya tahu berbahasa Inggeris. Jadi boleh disimpulkan bahawa setiap negara maju dalam kesatuan G8 maju dengan penggunaan bahasa ibunda yang dipegang sejak beratus malah beribu tahun lamanya.

_MG_2206

Negara kita pula, dalam keazaman yang tinggi untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri berhadapan dengan pelbagai eksperimen yang gagal, berjaya dan masih dalam pemerhatian. Sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat (1981 – 2003), dan merupakan ketua pemerintah yang melancarkan program Wawasan 2020 pada tahun 1991, saya ingin melihat pendirian beliau berkenaan status dan kepentingan Bahasa Melayu dalam mencapai matlamat negara maju.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri, pelbagai jenis kempen yang telah beliau lakukan untuk memotivasi rakyat Malaysia untuk sama- sama memajukan diri dan negara. Antara kempen- kempen yang terkenal seingat saya adalah seperti berikut:

  1. Kempen Buy British Last pada tahun 1981. Kempen memboikot barangan British akibat daripada beberapa tindakan kerajaannya yang tidak disukai Malaysia. Akibat daripada kempen itu penggunaan Bahasa Inggeris dicemuh dan tidak digalakkan sama sekali sebagai simbol protes. Sumber: http://searchinginhistory.blogspot.com/2014/01/buy-british-last-policy-of-mahathir.html dan http://theunspinners.blogspot.com/2013/06/british-diajar-mahathir-guna-buy.html
  2. Hasil daripada kempen tersebut timbul kempen baru iaitu Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982. “Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato`Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.” Sumber http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/240-dasar-pandang-ke-timur.html
  3. Kemudian pada tahun 2003 pula beliau melancarkan kempen PPSMI, iaitu kempen Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris di sekolah- sekolah dan institut pengajian tinggi. Kempen ini dilancarkan kerana beliau berpendapat untuk negara bersaing dengan negara- negara maju, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting dalam aspek kehidupan seharian pelajar. Sumber http://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita/565-tun-m-khuatir-tahap-penguasaan-bahasa-inggeris-dalam-kalangan-pelajar dan https://en.wikipedia.org/wiki/PPSMI

Jadi, sebagai rakyat kebanyakan seperti saya, saya tidak dapat lari daripada melihat dilema dan ketidakpastian yang dihadapi pemerintah dalam pelan mencapai status negara maju pada tahun 2020. Ketika piagam Wawasan 2020 jelas mengatakan untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri, beberapa polisi yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bercanggah dengan matlamat tersebut. Lebih- lebih lagi apabila aspek bahasa ditukar- tukar mengikut rentak semasa. Kita tidak melihat perkara ini berlaku di negara- negara maju lain. Mereka cukup jelas dengan bahasa yang mereka gunakan dan tidak pernah menjadikan ia sebagai satu isu yang perlu dibincangkan. Mereka maju dengan acuan mereka sendiri.

_MG_7557

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang dibawa masuk oleh British ketika era penjajahan dahulu, manakala Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang sejak beratus/ beribu tahun dahulu hingga ke hari ini, bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam dan beberapa negara berdekatan. Jika kita menekankan Bahasa Inggeris lebih dari bahasa ibunda untuk mencapai taraf negara maju, ini bermakna kita cuba mengenepikan budaya serantau, dan akan sentiasa berada di belakang United Kingdom, iaitu bekas penjajah kita.

Beberapa isu akan timbul akibat dari polisi ini:

  1. Oleh kerana menggunakan bahasa Inggeris, kita akan sentiasa melihat British di atas kita dan tidak akan mencapai taraf yang sama yakni duduk semeja di kesatuan G8. Kita sentiasa melihat British sebagai kayu pengukur kemajuan kita, bukan menggunakan acuan sendiri.
  2. Isu komunikasi akan menjadi lebih bermasalah bagi orang yang tidak mahir berbahasa Inggeris kerana mereka akan berasa malu untuk bersuara menyebabkan potensi mereka tidak dapat dipenuhi. Itulah sebab mengapa statistik kelulusan subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu merosot sejak PPSMI diperkenalkan. Mereka tidak bodoh, tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
  3. Kepelbagaian bahasa di peringkat individu tidak menjadi masalah kerana negara kita memang mempunyai kepelbagaian kaum dan masing- masing ingin memelihara tradisi mereka. Tetapi di peringkat rasmi/ kerajaan penggunaan satu bahasa amatlah penting supaya semua rakyat mendapat mesej yang sama.
  4. Beberapa menteri dan ahli politik yang membuat kenyataan di media massa tidak menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan rakyat berfikir apakah kepentingan bahasa utama negara kita. Mereka adalah contoh kepada rakyat, maka penting untuk mereka mengamalkan apa yang termaktub di dalam perlembagaan.
  5. Identiti Bangsa Malaysia semakin sukar dibentuk kerana terlalu banyak bahasa perantara yang bercampur aduk. Ini bukan bermaksud rakyat perlu meminggirkan budaya sendiri tetapi lebih bersatu diperingkat kebangsaan, iaitu dalam perkara- perkara berkaitan kemajuan negara. Contohnya di majlis- majlis rasmi dan komunikasi di agensi kerajaan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja.

——————-

Kesimpulan

  1. Wawasan 2020 beraspirasi menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri, maka penggunaan Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada acuan tersebut.
  2. Kewujudan Bangsa Malaysia walaupun hanya di atas kertas hanya boleh berlaku sekiranya setiap rakyat bersetuju bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa pertama dalam semua urusan rasmi/ kerajaan supaya setiap rakyat dapat mendengar dan memahami mesej yang sama.
  3. Penekanan Bahasa Inggeris sebagai alasan untuk maju bakal menyebabkan kita kekal menjadi negara di bawah United Kingdom kerana bahasa yang kita gunakan adalah bahasa mereka. Kita tak mungkin dapat duduk setaraf dengan mereka. Umpama guru silat dan anak muridnya selama- lamanya di peringkat yang berlainan.
  4. Memandangkan Bahasa Melayu masih digunakan oleh lebih 300 juta orang di rantau ini, maka secara logiknya penggunaan bahasa ini adalah bahasa paling sesuai untuk menjadi negara dan rantau yang kuat.
  5. Negara- negara maju yang lain seperti Perancis, Jerman dan Itali masih menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun dalam era globalisasi, mereka tidak menyesuaikan negara mereka dengan acuan negara lain semata- mata untuk terus bertahan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa aspek bahasa hanyalah salah satu daripada gambaran besar dalam mencapai matlamat tersebut tetapi aspek yang sangat penting. Jika ada kelapangan, saya akan memberikan buah fikiran tentang aspek- aspek lain dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.

 

Satu Negara, Satu Bangsa, Satu bahasa…

 

*Artikel ini telah disunting tatabahasa pada beberapa tempat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s