Mari Membuat Meja


Sudah lama saya merancang untuk membina perabot sendiri dan menggunakannya dengan penuh. Tetapi ketika tinggal di Lembah Klang dahulu ruang agak terhad menyebabkan perancangan ini terpaksa ditangguhkan. Kini di bulan yang tiada tugasan perkahwinan, saya mempunyai ruang dan masa untuk mengerjakan sesuatu.

2015-07-05 19.30.242015-07-03 19.03.11

Jika anda datang ke majlis perkahwinan saya pada tahun 2013 yang lalu anda mungkin masih ingat tentang projek pelamin DIY yang dibuat sendiri. Platform plywood 8’x4′ di atas adalah platform pelamin yang akan saya gunakan kembali untuk membuat meja pertukangan ini. Seperti yang anda dapat lihat bingkai meja telah dipaku kemas pada majlis yang lalu. Apa yang saya perlu lakukan kali ini hanyalah menyiapkan bahagian kaki dan keseimbangannya.

2015-07-03 19.03.192015-07-03 19.03.31

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • Gergaji tangan (hand saw)
  • Bow saw
  • Tukul besi
  • Paku 2″-3″
  • Metal L bracket (jika perlu)
  • Measurement tape
  • Water level
  • 4 keping 2″ x 3″ kayu dipotong setiap 3′

2015-07-03 19.05.012015-07-03 19.05.08

Perkara yang paling penting adalah menguatkan struktur pada sudut- sudut meja kerana disini kita dapat menentukan keseimbangan meja dapat dicapai atau tidak.

2015-07-03 19.23.102015-07-05 19.28.532015-07-05 19.29.082015-07-05 19.29.17

Meja yang sudah hampir siap setelah diterbalikkan. Beberapa paku akan dimasukkan di sudut- sudut penting untuk mengukuhkan keseimbangan meja. Meja yang kukuh memudahkan anda membuat kerja- kerja berat di atas meja ini.

2015-07-06 18.11.012015-07-06 19.09.41

Meja yang telah siap dan diletakkan di lokasi yang telah ditetapkan pada awal projek. Mungkin pada masa akan datang saya akan memperincikan rekabentuk meja ini tetapi buat masa ini ia sudah sedia untuk memulakan kerja pertukangan yang telah lama saya rancang. Sekarang saya perlu mengumpul duit untuk membeli alat- alat pertukangan supaya saya dapat mencipta lebih banyak perabot di masa hadapan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s