Tanjung Dawai, Kedah


Mungkin ramai orang tahu Tanjung Dawai, Kedah terkenal dengan restoran makanan laut kerana ia merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di muara Sungai Piai dan Sungai Merbok, kira- kira 30km dari Sungai Petani.

Perjalanan ke sini dari rumah saya di Kepala Batas mengambil masa lebih kurang satu jam, dan yang menariknya ialah pemandangan flora dan fauna yang cantik sepanjang perjalanan. Jika anda bertolak awal, anda berpeluang melihat pemandangan sawah padi, Gunung Jerai dan suasana kampung yang aman damai hingga ke destinasi sebelum hari bertukar gelap.

Masa yang paling sesuai untuk tiba di sini adalah dalam lingkungan jam 5- 6 petang kerana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam di tepi pantai yang sangat indah sementara menunggu makanan anda dimasak. Restoran juga terletak betul- betul ditepi laut memudahkan lagi pergerakan anda untuk ke pantai disamping melihat samada makanan anda sudah sedia dihidang.

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi gambar- gambar keindahan pantainya ketika matahari terbenam di suatu hari yang panas dan cerah. Kepada orang Kedah lokasi ini mungkin sudah biasa bagi anda, tetapi jika anda datang dari jauh dan ingin merasai makanan laut dan pemandangan matahari terbenam yang cantik, ini adalah lokasi yang wajib anda kunjungi. Kalau anda Google ‘Tanjung Dawai’ anda akan berjumpa banyak blog yang menceritakan tentang kehebatan makanan laut disini, jadi di blog ini biar saya berkongsi keindahan pantainya pula. Sama- sama kita menghargai alam semulajadi dan menjaga kebersihannya untuk generasi akan datang…

MEMBELI GAMBAR

tanjung dawai 1

tanjung dawai 2

tanjung dawai 3

tanjung dawai 4

tanjung dawai 5

Screenshot 2015-06-15 14.03.43 Kedudukan Tanjung Dawai (klik gambar untuk paparan lebih jelas)

1939695_10152512922168822_1737876820463353884_n

10289938_10152512922043822_2698495851075449835_n Sedikit gambar makanan

 

Copyright Ridhuan Abu Bakar 2015

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s