Sikap Buruk Pemandu Malaysia


Screenshot_ferrari_458_s3_monza_6-9-2014-4-33-47(Assetto Corsa racing simulation game)

Sikap buruk pemandu Malaysia yang paling terkenal:

1. Menukar laluan tanpa memberi lampu signal
2. Menukar laluan tanpa mengendahkan jarak kenderaan di belakang
3. Keluar simpang tanpa memberi lampu signal
4. Keluar simpang tanpa mengendahkan jarak dan kelajuan kenderaan di jalan utama
5. Keluar simpang, menukar laluan secara tiba- tiba / brek mengejut

Ramai orang mengatakan bahawa dalam undang- undang jalanraya, sesiapa yang melanggar kenderaan di hadapan secara automatik dikira pesalah laku dan akan dikenakan saman minimum RM300 tanpa siasatan. Ini dibuat atas dasar persefahaman bahawa sesiapa yang berada di belakang sepatutnya tahu bila hendak brek atau mereka wajib mengikut undang- undang jarak 5 meter dari kenderaan dihadapan. Pada saya ini adalah salah satu undang- undang paling bodoh dan bangang di Malaysia.

Jika itu adalah alasan untuk menyalahkan pemandu di belakang, bagaimana anda hendak menjelaskan keadaan- keadaan seperti di dalam video di atas sekiranya kemalangan berlaku? Kenderaan di belakang boleh berhati -hati dan sentiasa menjarakkan kenderaannya tetapi jika ramai yang menukar laluan secara tiba- tiba tanpa memberi signal dan kemudian brek mengejut, bagaimana kenderaan di belakang sempat untuk bertindak?

Dan pada saya sikap- sikap diatas adalah punca terbesar kemalangan jalanraya di Malaysia; ego, bodoh sombong, tidak lulus undang- undang, mendapat lesen terbang dan sebagainya.

Pihak berkuasa sepatutnya menghapuskan undang- undang bodoh dan lapuk iaitu menyaman kenderaan yang melanggar belakang kerana bukan semua kenderaan belakang salah setiap masa…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s