Adakah Kita Bekerja Kerana Terpaksa?


Semua orang boleh cermin diri dengan tajuk ini, termasuk saya terutamanya.

Kita semua ada ketakutan, risiko yang tidak berani kita ambil, sesuatu yang kita takut kehilangan, dan sebagainya.

Ini lumrah, takut, seperti berani, adalah perasaan yang boleh datang dan pergi mengikut keadaan dan kepentingan.

Tetapi yang paling penting bukanlah apa yang telah kita alami, tetapi apa yang kita hendak buat untuk mengubahnya.

Seperti kata- kata yang terkenal, “Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan…”

Oleh itu rancanglah dengan sebaik- baiknya kerana itulah kelebihan yang diberikan kepada kita.

Setiap kita dilahirkan dengan bakat dan kemahiran spesifik yang secara automatik membuatkan kita handal dalam perkara tersebut, tetapi ramai manusia yang meniggalkan bakat tersebut kerana beranggapan ia tidak boleh menjana duit, kemudian bekerja dalam bidang tidak ada kena mengena dengan hidupnya kemudian meracau seumur hidup.

Itulah yang terjadi jika anda cuba melawan bakat asal dalam diri tanpa mengenal diri sendiri dahulu.

Persepsi masyarakat terhadap kepakaran- kepakaran yang tidak boleh menjana pendapatan/ menyara hidup:

  • Pelukis
  • Ahli sukan
  • Penyanyi
  • Jurugambar
  • Penyair
  • Penulis

Masyarakat tidak percaya akan bidang- bidang tersebut boleh menampung kehidupan jangkamasa panjang, jadi mereka akan dipaksa memasuki bidang- bidang seperti di bawah yang dikatakan lebih menjamin masa depan:

  • Jurutera
  • Pegawai bank
  • Peguam
  • Eksekutif pemasaran
  • Doktor
  • Pegawai kerajaan

Kebanyakan mereka yang dipaksa memilih bidang yang boleh menjamin masa depan demi memuaskan hati masarakat yang senantiasa melihat dari jauh gerak- geri dan pencapaian mereka. Lucu, boleh menjamin masa depan. Siapa yang memberi mereka kuasa untuk menjamin masa depan?

Setelah saya membuat pengkajian bagaimana mencorak kehidupan impian yang tidak memerlukan modal kewangan yang tinggi tetapi sangat efisyen dan memuaskan, saya telah terjumpa satu video yang membantu untuk merealisasikan impian tersebut.

Adakah anda bekerja kerana terpaksa / takut tidak boleh menyara kehidupan? Ingin mengubah semua itu dan kembali ke diri yang sebenar? Jika anda ingin mengetahui jawapannya sila lihat video ini, kerana saya juga masih dalam perjalanan mengenali diri saya dan kehidupan yang saya impikan.

Kepala Batas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s