Projek Foto Toran Coffee


Toran Coffee yang dahulunya dikenali sebagai Toran Cafe adalah sebuah hipster coffee yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Dahulunya ia sebuah restoran makanan barat dan tempatan yang agak unik kerana walaupun keadaan kedainya yang biasa saja tetapi persembahan makanan dan kualitinya seperti hotel.

Ia juga menyediakan perkhidmatan shisha seawal jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam, di mana 99% peniaga shisha hanya membuka perniagaan selepas jam 9 malam, kecuali kebanyakan restoran makanan Arab. Maka itu juga merupakan salah satu keunikan yang ada pada mereka, dan setelah diperkenalkan oleh seorang rakan, maka restoran ini menjadi tempat persinggahan saya jika ada sebarang urusan di Shah Alam suatu masa dulu.

Tetapi tahun lepas saya sudah kurang datang ke restoran ini kerana ketiadaan masa dan lebih suka untuk ke Subang Jaya kerana perjalanan yang lebih lancar dan tidak perlu membayar tol. Tetapi 2 minggu lalu saya ada ternampak di instagram mereka yang sudah mengubahsuai restoran menjadi sebuah hipster coffee dan mengekalkan menu makanan barat, tempatan dan fusion. Maka saya dan isteri bercadang untuk mencuba kopi yang mereka sediakan.

Sedang dalam makan dan minum saya sempat bertanya khabar kepada pengurus restoran ini En. Iwan dan bertanyakan pendapat tentang cadangan saya untuk mempamerkan koleksi foto- foto saya di dinding mereka kerana buat masa ini ia kelihatan kosong. Dengan spontan beliau terus memberikan persetujuan atas cadangan tersebut kerana selama ini mereka memang sedang menantikan sesiapa yang ingin menyumbangkan hasil karya kepada restoran ini.

Cerita panjang dipendekkan, hari ini saya dan seorang rakan bersama isteri masing- masing datang memasang tiga buah gambar beserta bingkai di premis ini sebagai perhiasan dan juga untuk jualan kepada pelanggan yang datang sambil lepak minum kopi.

Bagi saya, inilah kepuasan sebenar apabila berkarya fotografi; dapat berkongsi idea bersama individu yang mempunyai minat yang sama dan juga bersama- sama mendapat faedah dari perjanjian ini. Projek seperti ini juga merupakan salah satu impian saya untuk memberi kembali kepada masyarakat yang telah banyak membantu saya bertahan dalam dunia fotografi selama ini, dan dengan inisiatif ini diharap masyarakat akan lebih menghargai seni dan penggiat yang tidak pernah berputus asa menyampaikan ilmu melalui apsek visual..

2015-01-14 17.46 2015-01-14-16.23.15 2015-01-14-16.23004 008 010

Untuk lebih banyak gambar dan maklumat layari website kami www.detikindah.com/fineart atau FB http://www.facebook.com/detikindahphoto

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s