Krisis Pertengahan Usia


Ketika mula memasuki era 30an, mempunyai pekerjaan yang stabil dan anak mula bertambah ramai, normal apabila perasaan tidak senang duduk dan kebosanan mula melanda pemikiran. Ini kerana kebanyakan kita cuba ‘melengkapkan’ kehidupan secepat mungkin apabila mula memasuki alam pekerjaan.

Idea yang ditanam ketika di universiti adalah ‘kerja kuat di zaman bujang, kumpul duit, beli(hutang) rumah, beli(hutang) kereta keluarga (walaupun belum kawin dah fikir kereta untuk 4 orang anak). Selepas itu berkahwin, bertukar kerja lain yang naik gaji 20-40%, buat anak seramai mungkin secepat mungkin supaya bila dah tua anak- anak sudah besar, dan kumpul duit supaya setiap 6 bulan dapat pergi bercuti (lari dari stress kerja).

_MG_9661

Semua tu hendak dilengkapkan secepat mungkin, ketika di awal usia 30an kerana boleh mendabik dada di kalangan kawan yang ‘kurang lengkap’. Kepada mereka yang telah ‘melengkapkan’ haluan hidup ini dengan bantuan bank akan mula timbul rasa bosan dan kosong dalam masa 2-3 tahun kerana laluan hidup yang dirancang pada zaman universiti dahulu telah lengkap ketika usia baru sahaja menjangkau awal 30an, dan akan mula timbul sikap- sikap yang aneh dan luar dari kebiasaan.

Inilah yang dipanggil ‘mid-life crisis‘ kerana telah mencapai semua yang diimpikan ketika usia yang begitu muda. Tahukah anda dengan bantuan pinjaman bank, kita sebenarnya telah mendapat sesuatu yang kita idamkan terlalu awal kerana pada dasarnya kita belum mampu memilikinya (kerana tiada urusan tunai), dan sebab semuanya telah dipercepatkan 2-3 kali ganda maka akan timbul satu ruang vakum di masa hadapan yang membuatkan anda terpinga- pinga tentang maksud kehidupan yang sebenar.

d1_1498

Persoalan seperti, “Adakah ini kehidupan?” akan mula mnyerap di dalam minda, anda akan mula mempersoalkan kewujudan diri anda dan fungsinya, mula menyalahkan Tuhan atas tekanan hidup, menukar prinsip hidup seperti menukar baju yang dipakai, mula timbul perasaan hasad dengki dengan orang lain yang menjalani kehidupan berbeza daripada anda.

Perkara ini pasti akan timbul suatu hari nanti apabila anda mula sedar bahawa 8 tahun yang anda habiskan di satu syarikat sebenarnya bukan pekerjaan yang anda minat. Kemudian anda cuba membuat perubahan drastik dengan berhenti kerja dan membuat perniagaan sepenuh masa KETIKA anda masih membesarkan anak- anak yang masih kecil, yang menyebabkan tekanan akan bertambah dengan dua komitmen besar pada masa yang sama.

d1_2012_03_23_9999_363

Tidak lupa juga kepada pengaruh ahli keluarga yang mula mempersoalkan tindakan anda yang berbeza dari masyarakat. Bagi yang cuba menjalani kehidupan yang berbeza, mereka ini akan cuba mempersoalkan keputusan anda seperti merancang keluarga untuk fokus pada perniagaan, atau menangguhkan perniagaan sepenuh masa untuk fokus pada pembesaran anak anda. Kedua ini adalah dua perkara yang sangat berbeza yang hanya anda boleh pilih salah satu cara dalam sesuatu masa. Memulakan perniagaan sepenuh masa dan pada masa sama membesarkan anak kecil adalah perkara yang sangat berisiko tinggi dan tidak dicadangkan kepada sesiapa untuk melakukannya, pada pendapat saya (kecuali isteri anda bekerja dan bergaji baik).

Kepada anda yang menghadapi ‘mid-life crisis‘ seperti ini, saya faham perasaan anda, bersikap aneh dan pelik adalah kesan normal daripada tekanan- tekanan yang dihadapi ketika ini, tetapi menunjukkan sikap tersebut kepada umum bukanlah tindakan yang bijak. Mempengaruhi orang lain untuk menjalani kehidupan seperti anda juga bukanlah satu tindakan yang bijak. Memberi komen dan kritikan negatif kepada sesuatu idea yang lain bukanlah bukti kebijaksanaan; kajian menunjukkan berpandangan negatif adalah perkara pertama manusia akan lakukan dalam sesuatu perkara. Tetapi berfikiran positif terhadap sesuatu yang nampak mustahil adalah bukti kebijaksanaan anda.

2014-06-12-15.25.14

Semuanya bermula dengan idea, mentaliti dan pelaksanaan. Hidup tidak boleh dipaksa, ia perlu dinikmati dengan tenang. Jika kehidupan seharian anda tenang dan gembira, apa gunanya menghabiskan RM10,000 untuk bercuti jauh dari negara sendiri?

Nasihat dan panduan yang tak seberapa yang boleh saya kongsikan dengan anda yang berada dalam situasi begini dan untuk rujukan saya juga;

  1. Ketika mula masuk alam pekerjaan, pastikan apa minat anda yang utama. Adakah nak mula berniaga sepenuh masa? Nak cepatkan perkahwinan dan mempunyai anak? Nak mengembara ke seluruh dunia dahulu sebelum berkahwin? Pilih keutamaan tersebut satu- persatu, jangan buat kesemuanya dalam satu masa yang singkat. Kehidupan ini perlu dilalui secara berperingkat supaya setiap pengalaman dapat dinikmati
  2. Mempunyai anak dan memulakan perniagaan sepenuh masa pada masa yang sama adalah satu risiko yang sangat besar, kerana keduanya mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Pilih salah satu dahulu, dan apabila sudah stabil/ selesa, baru teruskan dengan yang seterusnya.
  3. Elakkan membuat pinjaman bank dalam jumlah yang besar kerana tempoh bayaran balik mungkin menyebabkan anda terpaksa bekerja makan gaji lebih lama dari yang anda rancang. Beli kereta yang paling murah dan selesa dengan gaji yang ada. Jika boleh menaiki pengangkutan awam lebih baik.
  4. Untuk mengelakkan masuk ke kancah ‘mid-life crisis‘ ini, tumpukan perhatian anda kepada satu komitmen besar pada satu masa; contohnya jika anda bercadang untuk mendapat anak seawal yang mungkin, fokus pada pembesaran anak anda itu dahulu, jangan hendak berhenti kerja ketika itu juga dan memulakan perniagaan yang belum tentu stabil. Jika umur panjang, masih ada masa untuk fokus pada bidang lain selepas itu.
  5. Ada orang pernah berkata, “Membina perniagaan ini seperti menjaga anak kecil, kita perlu sayang dan belai setiap hari.” Itulah metafora untuk menjadi seorang peniaga sepenuh masa; komitmen yang perlu dicurahkan adalah sama dengan menjaga seorang anak yang baru dilahirkan.
  6. Tumpukan hidup pada perkara- perkara yang anda sendiri minat, bukan daripada pengaruh rakan sebaya. Ini juga merupakan salah satu racun yang boleh merosakkan kehidupan anda kerana mendengar cadangan orang lain untuk menentukan hidup anda. Jika anda minat seni tetapi bekerja sebagai jurutera mekanikal, mungkin anda akan mengalami tekanan hidup suatu hari nanti.
  7. Pastikan anda sedar apakah definisi ‘kejayaan’ dalam kamus hidup anda. Adakah ia tertumpu kepada pengumpulan duit? Adakah kejayaan apabila anda banyak memberi sumbangan kepada masyarakat? Adakah kejayaan bermakna mencapai objektif setiap tahun? Hanya anda yang boleh tentukannya. Hidup anda, kamus anda.

Ini semua adalah cerita daripada pengalaman hidup saya setakat ini dan juga pengalaman bergaul dengan rakan- rakan yang berada dalam bermacam jenis bidang dan latar belakang keluarga. Pada usia 32, saya tidaklah berada dalam keadaan yang paling sesuai untuk menceritakan tentang kehidupan, tetapi objektif saya hanya untuk membantu mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan ketika ini. Niat saya hanyalah untuk membantu.

Jika tidak kuat dengan pendirian kita, sangat mudah untuk hanyut di dalam bahtera pecah mereka. Harus diingat perkara ini bukan tertuju kepada semua, tetapi sebilangan kecil manusia yang telah menampakkan tanda- tanda menghadapi mid-life crisis. Saya juga mempunyai rakan yang bekerja di syarikat besar selama 8 tahun dan gembira dengan kehidupan sekarang.

Marilah sama- sama kita berjuang untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan saling bantu- membantu sesama manusia, kikis sikap negatif, menjatuhkan orang, dan sikap- sikap mendabik dada jauh dari diri dan tanamkan sikap- sikap yang baik untuk kesenangan semua.

Ridhuan Abu Bakar, 26/12/2014

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s