Restoran Becha Lama, Teluk Bahang


Saya jarang akan bercerita atau promote mengenai makanan kerana kebiasannya makanan sedap sudah terkenal, mahal dan kadangkala tidak sesedap yang di gembar- gemburkan. Contohnya Nasi Beratur di Masjid Kapitan Keling, Penang. Satu Malaya sudah tahu kedai tersebut, jadi untuk apa saya buat blog mengenainya hanya untuk meningkatkan trafik ke blog saya?

Dalam entry ini setelah sekian lamanya ingin berkongsi satu jenis makanan yang terdapat di kedai ini sahaja (setakat yang saya tahu). Nama kedai adalah Restoran Becha Lama yang terletak di penghujung Teluk Bahang, menghala ke Taman Negara Pulau Pinang.

1496108_169837016560364_956355749_o(gambar dari FB page mereka)

Setelah membuat beberapa carian di Google, memang jelas kedai ini masih belum terkenal di kalangan orang P. Pinang sendiri dan orang luar. Mungkin kerana lokasi yang agak jauh dari pusat bandar, 21km dari George Town, 6km dari Batu Feringhi Night Market menyebabkan ia kurang dikunjungi.

Screenshot 2014-12-22 13.05.02Koordinat GPS 5.457482, 100.208416 (Berhadapan Aseania Court)

 

FACEBOOK PAGE mereka juga sudah tidak dikemaskini sejak 24 Disember 2013, dan hanya 1-2 blog sahaja yang bercerita tentang kedai ini. tetapi bagi saya apa yang menarik adalah olahan satu jenis masakan mereka iaitu Spagetti Becha Special seperti di bawah.

2014-12-21 19.12.25

Menu mereka terdiri daripada menu standard, iaitu masakan panas, tomyam dan western food. Saya mula nampak kedai mereka melalui sebuah FB group tentang makanan halal di Pulau Pinang yang mempromosikan spagetti ini. Kedatangan saya dan isteri ke sini semata- mata untuk merasai makanan ini.

2014-12-21 19.12.29

Ia merupakan Spagetti Bolognaise standard yang ditambah dengan 3 ketul beef meatball berempah, dan di sertai keju yang meleleh dan tidak kedekut dari segi kuantiti. Dihidang panas dan keju yang tidak mahu putus ketika diangkat dengan garpu menyerlahkan kualiti masakan ini. Ditambah pula dengan kuah banjir sos tomato sangat kena dengan citarasa Pulau Pinang yang suka makanan berkuah lebih.

2014-12-21 19.17.38

Spagetti disimpan elok di bahagian bawah menyebabkan anda perlu mengacau kuah di atas untuk mendapatkan spagetti tersebut. Untuk RM13 ia memang berbaloi, dan kepada kaki keju ini memang makanan untuk anda.

2014-12-21 19.40.35

Kemudian kami memesan Mushroom Soup & Garlic Bread Set yang memang pekat dan sedap. Sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Bagi saya, mungkin di kedai lain ada western food yang lebih sedap daripada ini, tetapi apa yang menarik tentang Becha Lama ini adalah pengolahan semula Spagetti Meatball yang dicampur dengan budaya tempatan menjadikan ia satu hidangan yang unik dan patut dikongsi.

Screenshot 2014-12-22 13.31.58Google Street View

Kami akan kembali lagi di lain masa untuk mencuba Chicken Chop dan makanan western lain, dan mungkin juga merasai masakan panas yang kelihatan sedap di meja sebelah ketika kami disini…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s