Koleksi Karya Fotografi dari 2007 – 2014


Saya sedang dalam persiapan membuka satu cabang baru dalam bidan fotografi, iaitu ‘fine art photography’, secara asasnya menghimpun gambar- gambar terpilih sejak saya memulakan pengembaraan dalam dunia fotografi secara serius sejak tahun 2007.

Antara subjek- subjek yang akan saya ketengahkan adalah:

  1. Seni abstrak
  2. Lanskap
  3. Seni halus

yang akan dimuat turun dalam website baru (akan diumumkan tidak lama lagi), dan juga setiap karya ini boleh dibeli dalam bentuk cetakan biasa, cetakan bersama bingkai dan juga cetakan canvas. Sedar atau tidak, sepanjang saya fokus kepada dunia fotografi perkahwinan, saya tetap meneruskan minat dalam bidang lanskap dan seni abstrak yang merupakan minat asal saya ketika mula mengangkat kamera DSLR. Cabang ini adalah cabang yang paling memberi kepuasan kepada saya dari segi jasmani dan rohani kerana penglibatan kita dengan alam semula jadi.

Oleh itu, rugi rasanya jika segala karya seni yang saya hasilkan dalam tujuh tahun ini disimpan begitu saja di dalam cakera keras tanpa mencetak dan dilihat oleh orang ramai kerana pada saya fotografi adalah salah satu bentuk komunikasi selain bercakap.

Dibawah adalah beberapa contoh gambar dan konsep yang saya akan ketengahkan dalam website terbaru saya dan diharap anda diluar sana menyokong usaha saya ini kelak, kerana tanpa ada tiadalah karya saya…

8-Modern-living-roomblack-and-white-living-room-decoratingNeutral-modern-bedroom

Jika gambar- gambar di atas dapat mencetus minat anda, tunggu pengumuman website terbaru saya tidak lama lagi.

– Ridhuan Abu Bakar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s