Pantai Teluk Bayu, Teluk Kumbar


Dah lama rasanya tidak mengambil gambar landskap di Pulau Pinang, kampung halaman saya. Balik kampung kali ini, saya ingin mengambil gambar landskap di kawasan yang belum pernah saya datang. Setelah bertananya kepada rakan yang tinggal di sini, beliau mencadangkan Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Teluk Kumbar.

sungai_batu_1_upload

Kawasan ini merupakan kampung nelayan majoriti Melayu, dan terletak tidak jauh dari jalan besar untuk ke Balik Pulau. Terdapat beberapa lokasi menarik untuk mengambil gambar, seperti monumen besi gambar atas, terdapat juga jeti nelayan dan juga susunan batu di tanjung pantai ini.

sungai_batu_2

Terdapat juga beberapa gerai makanan laut di kawasan ini, tetapi saya tidak mencuba kali ini, mungkin di lain masa. Pantai ini tidaklah pantai yang tercantik atau terbersih di Pulau Pinang tetapi mempunyai beberapa tarikan unik terutamanya untuk fotografi landskap. Pada sebelah petang terdapat juga orang memancing, dan selebihnya untuk orang bersantai mengambil angin segar.

sungai_batu_5_upload

sungai_batu_3

Seperti yang pernah dikatakan dahulu, minat saya terhadap alam semulajadi memang mendalam dan cita- cita pertama saya sebelum menjadi jurugambar perkahwinan adalah menjadi jurugambar landskap  dan memiliki sebuah galeri untuk menjual hasil karya. Minat itu masih ada tetapi mungkin belum sampai masanya lagi untuk dapat bergantung hidup pada cabang tersebut…

sungai_batu_4

Kepada yang berminat untuk datang ke sini boleh memasukkan kod GPS 5.281491, 100.240862 untuk memudahkan perjalanan.

Copyright Ridhuan Abu Bakar. 2014 All Rights Reserved

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s