Kemuning – Penang – Terengganu – Bentong


Selamat hari raya diucapkan kepada anda semua dari saya dan isteri. Cuti raya hampir tamat setelah lebih seminggu kita bercuti, melawat saudara dan rakan- rakan, dan juga berjalan di serata Malaysia.

Kami juga tidak terkecuali tahun ini. Tahun ini kami menyambut hari raya pertama di kampung saya di Pulau Pinang, dan pada raya ke-4 saya mendapat tugasan ‘wedding photography‘ di Kuala Berang, Terengganu. Jadi segala perancangan rapi telah dilakukan supaya perjalanan menjadi lancar dan tiada sebarang masalah saat akhir.

Kami bertolak dari Kota Kemuning ke Pulau Pinang pada 25 Julai 2014 (Jumaat) pagi dan tiba pada jam 5 petang. Tiada sebarang kesesakan teruk kecuali selepas tol Juru.

Kemudian pada raya ke-4, 31 Julai 2014 (Khamis) 10 pagi kami bertolak menuju ke Kuala Berang yang mengambil masa lebih kurang 8 jam. Tugasan wedding photography pada sebelah malam dan keesokan harinya (1 Ogos 2014). Setelah selesai majlis, kami memandu selama sejam ke Tasik Kenyir untuk sesi outdoor.

2 Ogos 2014 (Sabtu), kami check out awal dan bertolak ke Kuala Terengganu untuk beraya di rumah kawan isteri saya, dan meneruskan perjalanan melalui jalan pesisir pantai dari Marang ke Cherating. Kepada anda yang tidak mengejar masa dan ingin bersantai bolehlah melalui jalan ini dan menikmati pemandangan pantai serta singgah di gerai- gerai makanan di tepi jalan. Saya berani jamin bahawa antara makanan- makanan terbaik di Terengganu boleh didapati di sini.

Kami singgah di Cherating untuk makan malam di Restoran Intan Seafood sebelum meneruskan perjalanan yang bosan melalui Lebuhraya Pantai Timur dari Jabor ke Karak. Kami menetapkan masa untuk melalui lebuhraya ini pada waktu malam kerana tahap kebosanan yang tinggi jika lalu pada waktu siang. Jadi, setelah memasuki lebuhraya kami langsung tidak berhenti hingga tiba ke destinasi kami iaitu Bentong.

Inilah kali pertama kami melakukan perjalanan seperti ini dari Kota Kemuning – Pulau Pinang – Kuala Berang – Bentong yang jumlah jarak perjalanan adalah 1186km mengelilingi Banjaran Titiwangsa. Apa yang dapat saya katakan adalah perjalanan ini sangat menarik kerana dapat melihat keindahan negara kita yang ramai tidak hargai lagi…

home-penang

Kota Kemuning ke Pulau Pinang 372km

  • Masa Perjalanan : 3 jam 30 minit – 5 jam
  • Melalui Lebuhraya Utara- Selatan
  • Tempat menarik untuk dilawati: Menara Condong Teluk Intan, Bandaraya Ipoh, Pulau Pangkor (Exit Bidor), Pulau Pinang (seluruh pulau)
  • Bayaran tol: RM46.50 dari Jalan Duta – Juru
  • Jika melalui Lebuhraya Utara- Selatan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan
  • Anda boleh melalui jalan lama dengan exit tol Bidor dan terus menghala ke Teluk Intan, melalui Bruas, Sri Iskandar, Manjung dan masuk semula ke lebuhraya di exit Taiping / Changkat Jering
  • Pergi ke Lumut jika ingin ke Pulau Pangkor

_MG_6651Hari Raya Pertama_MG_6691Smartphone/ tablet di mana mana!20140727_004253Hantar album kepada Azren di pulau20140728_191308 Roti canai Jalan Transfer, yang terbaik di Malaysia, percayalah! (gambar kanan)20140728_200010The Alley coffee shop, untuk meneutralkan asid- asid lemang dan rendang20140730_215331Makan malam sekeluarga di hari terakhir sebelum bertolak ke Terengganu; Kaffa Espresso Bar Jalan Green Hall

——–

penang-k-berang

Pulau Pinang ke Kuala Berang 418km

  • Masa Perjalanan: 6 jam – 9 jam
  • Melalui Tasek Gelugor – Padang Serai – Baling – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Pasir Putih – Jerteh – Permaisuri – Kuala Berang
  • Tempat menarik untuk dilawati: Belum Rainforest, Pantai Tg Rhu Sepuluh/ Pantai Penarik, Empangan Kenyir, Tasik Kenyir Resort, pemandangan banjaran sepanjang Gerik – Jeli, Batu Bersurat, Air Terjun Sekayu, Air Terjun Belukar Bukit, Pantai Batu Burok
  • Tiada bayaran tol sepanjang perjalanan
  • Dinasihati agar melalui jalan Gerik – Jeli pada sebelah siang atas faktor- faktor keselamatan
  • Jangan tergesa- gesa melalui jalan ini kerana ia merupakan jalan lama berbengkang- bengkok dan menikmati pemandangan banjaran yang cantik

20140731_184852Info perjalanan20140731_190810Pekan Kuala Berang_MG_4820Pantai Penarik, Setiu20140801_103055 Nasi hujan panas20140801_112750 20140801_113000Empangan Sultan Mahmud (Empangan keniyr)_MG_7363 Tasik Kenyir_MG_7564Couple photo

——–

ganu bentong

 Kuala Berang ke Bentong 396km

  • Masa Perjalanan: 6 jam – 10 jam
  • Melalui Kuala Terengganu – Marang – Paka – Dungun – Kerteh – Kemaman – Cherating – Jabor (Lebuhraya LTP) – Bentong
  • Tempat menarik untuk dilawati: Pantai Batu Burok, Masjid Kristal, Masjid terapung, Pantai Rantau Abang, Gerai makanan sepanjang jalan dari Marang – Dungun, Pulau Kapas, Pulau Tenggol, pantai Cherating (seafood), Pantai Teluk Bidara
  • Bayaran tol: RM21 (Jabor – Karak)
  • Dari Kuala Berang, kami melalui jalan pantai bermula dari Kuala Terengganu hingga ke Cherating
  • Jalan pantai yang sangat cantik dari Marang – Dungun, jangan lupa untuk singgah pantai Teluk Bidara dan pantai Rantau Abang
  • Gerai makanan (keropok lekor, losong, satar) sepanjang pantai
  • Kami singgah makan malam seafood di Restoran Intan Seafood di pantai Cherating

20140802_084639 Nasi kerabu Batu Burok20140802_091658 20140802_114118 Masjid Terapung Kuala Terengganu20140802_12544420140802_132030 20140802_132633 20140802_133104 20140802_133701Pantai Teluk Bidara, Dungun20140802_154855 Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman20140802_170143 Sotong celup tepung, Warung Aziz Satar, KemamanIMG_20140731_140700Kiri di Jeli, Kelantan dan kanan di Cherating, Pahang

——–

Copyright Ridhuan Abu Bakar 2014. All Rights Reserved.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s