Dunia akan menjadi lebih baik jika…


2014-06-12-15.25.14

Kadangkala saya terfikir, kenapa manusia melawan takdir mereka? Kenapa manusia mesti melakukan perkara yang tidak mereka sukai untuk hidup? Apakah perbezaan di antara:

1. Membuat pekerjaan yang tidak disukai tetapi mendapat pendapatan tetap

dan

2. Membuat perkara yang disukai tetapi pendapatan tidak tetap

Kita semua tahu apa yang kita sukai sejak kecil, seperti melukis, muzik, menari, mengira, sukan atau bercakap. Ibu bapa kebiasannya dapat melihat bakat semulajadi anak- anak mereka dari kecil, tetapi jarang mengambil langkah- langkah untuk mengembangkan bakat itu. Akhirnya semua anak- anak yang berbakat ini memasuki sekolah, memakai uniform dan kelihatan sama sahaja semuanya. Keunikan itu hilang.

Pada saya, dunia ini akan menjadi lebih aman dan hidup lebih bermakna jika kita melakukan perkara yang disukai (atau dipanggil passion) dalah kehidupan seharian. Tak perlu risau tentang pendapatan sebenarnya kerana jika anda bagus, permintaan pasti ada (saya bercakap melalui pengalaman)

Ada rakan saya yang memang bagus dalam bidang sukan sejak sekolah, jika diberi peluang bermain apa jenis sukan, mereka ini paling cepat dapat menguasai sukan itu berbanding saya. Ini adalah bukti bakat semulajadi itu ada dalam diri. (boleh refer video ini untuk maklumat lanjut http://www.youtube.com/watch?v=2ZiRZrYo5tA

Ada rakan saya yang dari sekolah sehingga sekarang hanya tahu membuat lawak, tetapi tidak menjadikan bidang lawak sebagai kerjaya. Cuba fikirkan ‘stand- up comedian’ seperti Harith Iskander, atau hos pada majlis perkahwinan dan lain- lain seperti Mahadzir Lokman. Mengapa susah- susah membuat kerja yang langsung tidak disukai semata- mata duit?

Tak perlu saya tekankan tentang sukan, saya rasa semua orang jelas bahawa kebanyakan atlit yang kita lihat mewakili negara bukanlah yang terbaik dalam sukan yang mereka ceburi, mereka hanyalah yang terbaik yang meneruskan perjalanan dalam sukan tersebut. Di mana hilang atlit- atlit yang lebih hebat dari mereka ini? Anda boleh menemui mereka di kilang- kilang, syarikat IT, offshore, pegawai kerajaan, jurutera dan lain- lain bidang yang entah kenapa mereka buat.

Ada juga rakan saya di sekolah dahulu sama- sama minat melukis, bahkan lebih hebat dari saya kadangkala, tetapi sekarang tidak meneruskan karier dalam bidang tersebut. Atas alasan apa tidak dapat dikenalpasti.

2014-06-12-14.36

Seperti blog saya sebelum ini mengenai setiap perkara yang berlaku ada sebab, ini juga adalah kesinambungan kepada topik tersebut.

Setiap orang dilahirkan dengan satu jenis bakat yang unik (bakat semulajadi). Memang benar kepakaran boleh diajar, tetapi setiap dari kita ada bakat semulajadi yang dianugerahkan sejak lahir, yang kita tahu kita bagus, cuma ia bergantung pada kita untuk mengasahnya sepanjang perjalanan hidup.

Dunia menjadi kacau bilau dan manusia tidak tentu arah, menjadi hamba sistem kapitalis kerana mereka melawan takdir mereka, melawan bakat semulajadi mereka dengan membuat pekerjaan yang tidak mereka sukai, dan akhirnya mati tanpa meninggalkan sebarang sumbangan kepada masyarakat kecuali wang ringgit untuk ahli keluarga terdekat. Apakah itu yang terbaik mampu kita lakukan sebagai ‘makhluk terbaik ciptaan Tuhan’?

(harap maklum apabila saya bercakap tentang sistem kapitalis saya sama sekali tidak mengatakan bahawa saya sudah keluar dan bebas dari sistem itu, cuma saya juga seperti anda masih berjuang untuk keluar)

“Evil rules when good people do nothing…”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s