Interior Design


Sebelum saya menjadi fotografer sepenuh masa, saya merupakan seorang ‘interior design consultant‘ untuk sebuah firma kecil di KL. Seorang graduan diploma dalam interior design, suatu masa dahulu minat saya sangat mendalam dalam bidang ini, sebab itulah saya mengambil jurusan ini selepas tamat peperiksaan SPM.

Tetapi setelah hampir 6 tahun pengalaman dan 3 syarikat saya bekerja, saya merasakan bahawa minat saya terhadap interior design telah hilang sepenuhnya, dan minat terhadap fotografi semakin menebal. Faktor utama yang boleh saya katakan menyumbang kepada kehilangan minat atau passion dalam interior design adalah tekanan kerja. Bagi saya, tekanan kerja tidak dapat menandingi gaji yang anda terima walaupun dari satu sudut ia memberikan keselesaan dalam berbelanja. Tetapi, lama- kelamaan kita boleh sedar bahawa dalam hidup ini, duit bukanlah perkara utama yang kita kejar, apa yang paling kita impikan dalam kehidupan adalah kebebasan, walaupun sedikit. Dengan fotografi, saya telah jumpa kebebasan tersebut.

Walaupun begitu, beberapa minggu ini saya ada membuat sedikit interior design untuk seorang rakan yang akan membuka perniagaannya sendiri, hanya sebagai hobi dan untuk menolong. Mungkin suatu hari nanti saya akan kembali dalam bidang ini tidaklah dapat dipastikan, tetapi kalau terjadi, saya mungkin lebih kepada hiasan dalaman, bukan rekabentuk dalaman.

2013-09-09-02.08.38

Dua gambar perspektif di sebelah kanan bukan milik saya, ia adalah contoh yang diambil di internet.

2013-09-09-11.57

2013-09-09-11.58.03

2013-09-09-11.58.28

2013-09-09-11.58.37

2013-09-09-11.58

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s