Akad Nikah oleh Zaidi Omar


MASJID Al – Falah di USJ 19 sememangnya cantik dari luaran mahupun di dalam. Tetapi apa yang membuatkan ia unik adalah kepelbagaian kombinasi warna di dalam masjid tersebut yang digunakan. Tak pernah saya tengok dalaman masjid yang mempunyai kombinasi warna yang amat contrasting seperti ini. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke masjid ini untuk mengambil gambar orang menikah.

Zaidi dan Nazila yang membuat sesi pre – wedding beberapa minggu sebelumnya, telah bersedia sepenuhnya untuk majlis tersebut. Setahu saya, sebagai seorang lelaki, apa yang paling penting dan hanya yang penting adalah lafaz akad nikah itu sendiri. Bagi sesetengah orang, disebabkan terlalu memikirkan ‘ayat wajib’ tersebut, mereka hingga lupa apa yang perlu dipakai dan siapa saudara- saudara mereka. tapi alhamdulillah untuk member saya Zaidi ni, semuanya under control dan meriah sekali.

Kehadiran orang- orang yang berkenaan dari kedua dua pihak menjadikan saksi untuk akad nikah ini lebih kurang 40 orang. Tiada drama dan babak- babak suspen berlaku, dan semuanya kelihatan gembira kerana satu tanggungjawab telah tamat dan bermula satu tanggungjawab baru bagi beberapa individu.

Selepas tu kami balik ke rumah Nazila untuk upacara bunga api khas dari Masjid Tanah, Melaka. Untuk mengambil gambar percikan bunga api dan pengantin di belakang telah menyebabkan badan saya habis berbau belerang dan ada sikit- sikit hitam, hahaha. Haritu ada saya shoot satu majlis di Klang yang berura- ura nak main bunga api macam ni tapi tak jadi kerana stok dikatakan tak lepas. Jadi, saya dapat jugak menyaksikan jugak upacara bunga api yang dikatakan sebagai simbol menyambut pengantin baru..

Selamait pengantin baru kepada Zaidi & Nazila. Nasib baik depa tak kata “Hang dah kawin baru hang tau!!” Hahahahahahahaha….

  • 1881. 3 years after Man United was formed

  • “Hang masuk kiri, depan sikit ada bonggoi, lepaih bonggoi hang kona kanan, teghoih ja sampai ghumah aku”

  • Semua sudah ready machah

  • Brader paling kanan tu ka yang nak kawin?

  • “Aku teghima nikah Nazila bt Nor Said dengain mais kawinnya 80 ketoi tunai. Alamak, sorry Ustad”

  • “Rukun nikah ada brapa nak?”

  • khusyuk

  • Brader kita sedang juai minyak

  • Baju hitam “Tahun lepaih time aku kawin, pelamin dia sampai siling woooo”

  • Nizar “Mat, cover aku ngn kamera hang, aku rasa mcm ada something terkeluaq kt depan”

  • “Sampai hati hangpa tinggai aku sorang kat sini, dahla aku pengapit hangpa”

  • 40D + 70-200 f2.8 IS + 580EXII + mangkuk
Advertisements

3 thoughts on “Akad Nikah oleh Zaidi Omar

  1. *ehem*
    correction : Nazila Binti Nor Said yer!!

    nways…we feel very honored!!
    Thanks becks~
    (sile buat correction name papa i yer..time kaseeh)
    time kaseh jgk ajak laki i buke pose hr tu uhuuuhuuu

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s