Jom Bertandang ke Tmn Tasik Taiping


Photos & text by: Ridhuan Abu Bakar (diwant)

DALAM pada kita teruja (termasuk saya) dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T di benua Eropah, yang dilimpahi dengan Pergunungan Alps, Bangunan2 lama di London, Belgrade, Seville, Laut Mediterranean, Venice dan lain- lain lagi, Malaysia pun tak kurang hebat dengan kehebatan hutan tropika yang berusia ratusan juta tahun seperti di Taman Negara Endau-Rompin.

Saya telah menjelajah ke beberapa negeri (bukan negara) untuk mengambil gambar baik perkahwinan, outdoor atau landscape, dan telah berjumpa dengan beberapa lokasi yang amat cantik. Salah satunya ialah Taman Tasik Taiping, Perak. Taman tasik tersebut dianggap antara yang tercantik di negara kita jika tidak Yang Tercantik. Dengan rumput yang hijau, tasik yang tenang dan pokok- pokok yang redup melindungi pelawat dari sinaran matahari, sini adalah lokasi yang amat sesuai untuk membuat sesi outdoor bagi orang Perak. Kawasan ini seolah- olah tidak pernah disentuh oleh sesiapa kerana kecantikan dan kebersihannya amat mengkagumkan. Semasa 2 hari saya berada di sana, tidak kurang dari 5 group photographer yang saya jumpa sedang mengambil gambar di kawasan tasik tersebut.

Majlis bertandang Syahrizal & Anis Sabrina berlangsung pada 13 Jun 2009 di Cangkat Jering, Perak dengan meriahnya. Selain majlis meraikan mereka berdua, satu perkara yang stand-out pada majlis tersebut tentulah kehebatan nyanyian oleh adik dan abang kepada Syahrizal ni. Suara mereka berdua ni bukan setakat ‘suara karaoke’, tapi lebih daripada itu. Tak caya tanya la sapa2 yang hadir pada majlis tu.

Banyak kenangan manis yang saya dapat hasil daripada trip saya kali ni, antaranya ialah :

1. Ada satu kedai cendol di pekan lama yang rasanya setanding dengan yang terbaik di Penang

2. ‘Terjumpa’ laluan Kuala Kangsar – Bruas yang saya tabalkan sebagai jalan terbaik di negara ini.

3. Dapat merasa koay teow Dolly yang famous tu walaupun tunggu 40 minit untuk sepinggan!!

Apapun saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Syah & Anis….

P/S: Kehidupan sekarang memang berbeza dengan sebelum ini. Walau apa pun saya bersyukur kerana telah tiba di tahap ini. Sekarang baru saya nampak SEGALA yang berlaku pada tahun lepas ada hikmahnya, tanpanya tak mungkin saya berada di keadaan sekarang. Alhamdulillah…

6 Comments Add yours

  1. aM S says:

    niceeeeeee~ colours on this entry is somehow more vibrant.. nicely done dude..

    your work is improving everytime.. keep it up dude..

    all your customers will be satisfied for sure

    Like

  2. diwantpixel says:

    hehehe.. ini heavy editing gak, just experimenting with different effects..

    thx bro. hg dh jadi regular commentary sini, hehe..

    Like

  3. impressive la bro…makin sempoi hg punya website….like it a lot…aku pon nak kena berguru dgn hang jugak ni

    Like

  4. diwantpixel says:

    thx faris.. sama2 kita berguru, huhu..

    Like

  5. azali says:

    Gua memang respek sama lu punya idea…brilliant..

    Like

  6. signdeco says:

    thanks all for the support… appreciate it very very moch!

    Like

Leave a comment