Sungai Petani yang pesat membangun


Photos & written by: Ridhuan Abu Bakar (diwant)

A member of Pixelworks Photography & Design http://www.Pixelworks.com.my

SATU assignment yang agak mengejutkan saya kali ini. Saya mendapat job ni daripada housemate saya, boleh dikatakan last minit jugak, seingat saya beberapa hari sebelum tarikh majlis ini berlangsung. Dan lagi satu kejutan ialah kedua- dua majlis akad nikah dan persandingan berlangsung pada hari bekerja, iatu nikah hari Rabu dan bersanding hari Khamis. Hmmm, memang pelik situasi ni bagi saya. Belum pernah lagi saya mengambil gambar perkahwinan yang berlangsung pada hari bekerja.

Tetapi disebabkan minggu tersebut merupakan cuti sekolah pertengahan tahun, so boleh la faham logiknya disitu, tambahan pulak bapak kepada pengantin perempuan ni ada lah cikgu, termasuklah pengantin perempuannya skali. Majoriti kenalan- kenalan mereka merupakan cikgu sekolah, universiti, kolej dan sebagainya. Jadi, cuti sekolah juga adalah cuti untuk mereka.

Mengambil kira faktor- faktor yang saya tulih tadi, majlis pernikahan dan persandingan pasangan Rijalun ‘Jalo’ dan Mazlina ini memang meriah seperti mana- mana majlis yang saya hadiri sebelum ini yang kesemuanya dilakukan pada hujung minggu. Memang ramai dan meriah. Orang utara memang pandai menyerikan majlis (buat ramai pun pandai, hehe).

Selepas majlis selesai, kami berangkat sat ke Kelab Cinta Sayang untuk mengambil gambar outdoor sebelum ‘dihalau’ oleh caddy kerana menggunakan green sebagai lokasi, hahahaha.. Takpa, janji dapat jugak beberapa shots. Akhir sekali kami pergi ke taman rekreasi berdekatan untuk menyambung sesi outdoor yang tersangkut tadi.

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Setelah menamatkan kerja saya, singgah pekena ice blended mocha Old Town kat pekan SP, pastu terus shoot balik KL….

PS: Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad, 5 hari berturut2, satu rekod baru, huhu…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s