Di Hujung Lebuhraya Kesas…


Written & experienced by: diwant/PIXELWORKS


BULAN kahwin agaknya sudah bermula. Tanggal 1 Mei, yang juga adalah ‘birthday’ bapak saya, merupakan cuti umum di mana Malaysia menyambut Hari Pekerja. Namun, di masa majoriti pekerja sedang menikmati cuti di Port Dickson, Taman KLCC ataupun di atas katil, saya memulakan kerja saya pada hari tersebut sebagai orang yang ditugaskan mengambil gambar majls akad nikah Nurul Syazwana dan bakal pasangan hidupnya.

Untuk sampai ke rumah Nurul, saya menggunakan lebuhraya KESAS dari Sri Petaling hingga ke penghujung lebuhraya tersebut, kemudian bercantum dengan jalan biasa di Pandamaran. Belum pernah seumur hidup saya menggunakan kesemua laluan KESAS sekaligus yang juga menelan belanja RM2.20 x 3 tol = RM6.60 satu hala, huhu.

Tapi, itu semua hanyalah sebahagian daripada tugas saya dan kami di Pixelworks, dan macam orang tua- tua kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Betul la tu pakcikkk…

Pasangan tersebut selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah pada lebih kurang jam 3.30pm, disaksikan puluhan saudara mara dari kedua- dua pihak, di tambah pula dengan satu lagi kumpulan bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis akad nikah mereka di situ juga. Agak padat juga surau tersebut pada waktu itu, tapi saya gagahkan juga mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar mereka. Pendek kata, kita mesti menjadi invisible, dalam erti kata lain, ‘kita tak nampak mereka, dan mereka tak nampak kita’. Just concerntrate on the job…








Majlis persandingan mereka yang berlangsung keesokan harinya diambil oleh Khairul Johari

(a member of Pixelworks Photography. Visit www.pixelworks.com.my for updates & more funtography!!)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s