Menulis Dengan Intipati


Minat saya dalam bidang penulisan ni datang secara tak langsung, yang datang dari hobi saya yang suka membaca majalah- majalah dan melukis. Daripada membaca, saya mula berfikir, berfantasi, dan mula berjinak- jinak untuk menulis cerita sendiri. Menulis, seperti juga melukis, adalah cabang seni yang perlu dilakukan dengan teliti, berfikiran waras dan selalunya mengikut kata hati. Daripada kata hati, perkara tersebut akan dikembangkan dengan pemikiran waras, dan ditulis dengan tangan yang teliti. Maka, akan terhasillah satu penulisan yang amat bermakna, walaupun hanya pada diri sendiri.

Blog saya kali ni akan ditulis dalam Bahasa Malaysia supaya lebih mudah difahami oleh ‘orang kebanyakan’ di Semenanjung dan cubaan memperkayakan bahasa ibunda kita yang semakin lama semakin dipinggirkan. Betul ke? Bercakap mengenai Bahasa Malaysia, saya masih teringat zaman sekolah rendah dahulu, dimana dalam matapelajaran Bahasa Malaysia kita akan disuruh memilih satu topik yang kita minati dan membuat penyampaian di hadapan kelas, dengan menghafal atau secara spontan.

Ketika itu saya berada di darjah 6 Melati, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor (1826), Pulau Pinang. Apabila cikgu Bahasa Malaysia (BM) menyuruh kami memilih topik yang kita minati dan membuat penyampaian, otak saya terus berfikir kepada satu perkara, secara spontan, Formula 1 dan mendiang Ayrton Senna. Disebabkan minat saya yang begitu mendalam terhadap Formula 1 dan terutamanya Ayrton Senna ketika itu, saya terus membuat keputusan untuk membuat penyampaian mengenai bekas Juara Dunia 3 kali itu, tetapi bukan mengenai kehebatannya, tetapi mengenai kematiannya yang dianggap ‘the darkest day of Formula 1’ sehingga ke hari ini, dimana seorang pelumba lain juga telah telah mati pada hari sebelumnya. Berikut adalah transkrip penyampaian saya untuk hari tersebut (ketepatan ayat- ayat dan perkataan yang saya gunakan dibawah adalah lebih kurang 30% saja daripada apa yang saya sampaikan 14 tahun lalu, tetapi isi kandungannya hampir sama.

  • Masih dianggap sebagai pelumba terbaik dalam sejarah dunia permotoran dan di sanjung oleh jutaan peminat di seluruh dunia hingga kini, 15 tahun selepas kematiannya (picture owned by their respective owners)

“Selamat pagi diucapkan kepada cikgu Zaharah dan murid- murid sekalian. Hari ini saya akan menyampaikan kisah kematian pemandu Formula 1 yang terkenal dan juga idola saya, Ayrton Senna. Ayrton Senna adalah juara Dunia Formula 1 sebanyak 3 kali, tetapi pada 1 Mei 1994, dia telah menemui ajalnya. Pada perlumbaan di litar Imola, Italy, sedang dia mendahului perlumbaan, tiba- tiba keretanya terbabas di selekoh laju, lalu melanggar tembok batu pada kelajuan 178km/j. Setelah keretanya melanggar tembok batu, ia berpusing- pusing (sambil membuat isyarat tangan) 3 kali sampai ia berhenti beberapa meter dari tembok batu itu. Keretanya hancur, serpihan- serpihan besi berterbangan di kawasan kemalangan, dan Ayrton Senna tidak bergerak seperti sudah pengsan. Kemalangan tersebut disiarkan secara langsung di TV, dan disaksikan oleh jutaan peminat seluruh dunia. Ambulans datang untuk merawatnya, dan kemudian dia dibawa ke hospital menaiki helikopter. Darah berlumuran di tempat kemalangan. Tetapi tidak lama kemudian, berita mengatakan bahawa Ayrton Senna telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di dada dan kepala. Seluruh dunia bersedih dengan pemergian seorang wira, dan juga idola saya. Sekian terima kasih”
Begitulah lebih kurang teks penyampaian saya pada hari tersebut yang masih segar di ingatan saya kerana:

1. Pertama kali bercerita di depan kelas
2. Bercerita mengenai topik yang amat saya minati, Formula 1.
3. Saya berjaya bercerita tanpa merujuk kepada nota bertulis.

  • Senna memandu Williams FW16 pada musim terakhirnya; 1994  (picture owned by their respective owners)

Betapa minatnya saya pada Formula 1 ketika itu, mak saya terpaksa menyembunyikan surat khabar yang melaporkan berita kematian Ayrton Senna daripada saya supaya saya tidak hilang ‘mood’ pada hari tersebut. Saya meminati sukan permotoran seawal darjah 4, terutamanya Formula 1 dan Motorcycle Grand Prix (sekarang MotoGP). Ayrton Senna, Alain Prost, Nelson Piquet, Nigel Mansell, Wayne Rainey (lumpuh pada 1993), Wayne Gardner, Eddie Lawson, Kevin Schwantz (juara dunia motosikal 1994) dan John Kocinski adalah sebilangan nama- nama besar pada awal 90an yang pernah menggegarkan dunia permotoran dan memberi inspirasi kepada generasi sekarang. Sifat- sifat yang boleh diambil daripada lagenda- lagenda tersebut untuk dijadikan panduan adalah keazaman untuk menjadi yang terbaik, tidak mudah mengaku kalah dan tidak takut bersaing dengan sesiapa sahaja. Ketika itu bola sepak dan Manchester United masih belum ada dalam minda saya.

Kesimpulannya, membaca, melukis, bercerita, menulis dalam apa jua bahasa dan dialek bukanlah menjadi isu untuk didebatkan, tetapi yang penting sekali adalah isi kandungan perbuatan itu sendiri, minat kita terhadap perkara tersebut dan kejujuran kita untuk menyampaikannya kepada orang ramai, dengan niat untuk menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan kita sebagai manusia, terutamanya diri saya sendiri. Utamakan bahasa ibunda, ya, tetapi utamakan ISI KANDUNGAN dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s