Malu Tapi Mahu


Written & experienced by: diwant/PIXELWORKS

I LOVE these guys, I love this venue , I love doing it, and I hope they’ll love it too, insyaAllah.

“Nanti nak baring kat taman tu boleh la.”

“Tapi rumput basah ni, tak kisah ke?”

“Tak kisah, janji gambar cantik.”

Hmmmm. Ini macam bukan Azura yang saya kenal semalam, hehehe. Itulah permulaan perbualan kami bila tiba sesi outdoor photoshoot di hadapan Istana Kehakiman dan padang bertentangan dengannya. Seperti saya tulis dalam entry sebelum ini, mereka ni nampak agak pemalu dan soft spoken. Tapi kemahuan mereka untuk membuat hampir apa saja pose yang saya hendak mereka buat, mereka tak kisah langsung! Sebab itulah saya beri tajuk Malu Tapi Mahu.

Saya memulakan tugas saya pada pukul 11.30 pagi di rumah Azura untuk mengambil beberapa shots make up dan persiapan. Lebih kurang jam 1.45 petang, kami memulakan konvoi bersama- sama keluarga Firdaus ke Dewan Siantan di bangunan Kompleks PPj. Perjalanan majlis berlangsung dengan begitu baik, disertai oleh kumpulan kanak- kanak yang membuat persembahan yang amat menghiburkan. Kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan juga membantu memeriahkan majlis.

Lebih kurang jam 3.00 petang, Azura dan Firdaus mengajak saya untuk sesi outdoor, seperti mahu lari dari sesuatu. Rupanya mereka ni nak lari dari ‘dipaksa’ menyanyi bersama- sama band yang di undang khas tersebut. Katanya abang Azura dulu kena nyanyi depan orang ramai, so untuk mengelakkan diri daripada menjadi ‘mangsa’ karaoke, mereka terus mengajak saya turun. Hehehe.

Jadi, kami pun menghabiskan masa hampir satu jam setengah ‘berkeliaran’ di kawasan berhampiran. Disebabkan kesanggupan dan kemahuan mereka membuat apa saja pose yang saya rasakan perlu, terpulang pada saya untuk menggunakan kreativiti saya untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ini betul- betul menguji tahap kreativiti saya, memandangkan kawasan sekeliling memang dipenuhi dengan potensi sudut- sudut yang menarik. Terima kasih yang tak terhingga kepada pasangan Azura dan Firdaus yang memang sporting walaupun tidak banyak bercakap, tetapi cakap dengan berhemah dan sopan santun. Berkerja bersama korang memang best! Mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi dalam kapisiti yang lain.

Pada pendapat saya, kita boleh mendapat hasil yang baik sekiranya kita sisihkan mentaliti this is just another job, dan terapkan dalam diri bahawa walaupun kita hanya jurugambar pada hari perkahwinan mereka, segala persiapan penting yang mereka lakukan selama ini tidak akan dapat diterjemahkan dengan baik sekiranya kita tidak dapat merakamkan peristiwa- peristiwa pada hari tersebut. Kita mesti mengambil bahagian yang aktif, dan menjadi ‘sebahagian’ daripada mereka untuk memahami secara total kehendak mereka.

Cakap banyak pun tak guna, lihatlah hasilnya. Enjoy the pics

(a member of Pixelworks Photography. Visit www.pixelworks.com.my for updates & more funtography!!)

Advertisements

5 thoughts on “Malu Tapi Mahu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s