The ‘Act of God”


Written & experienced by: diwant/PIXELWORKS

Beberapa hari sebelum majlis ini, saya menerima panggilan dari ‘abg‘ radzi yg mengatakan dia terpaksa menghadiri sesuatu yang amat penting dan saya perlu menggantikan dia. Pada mulanya saya agak keberatan kerana saya telah mempunyai perancangan pada hujung minggu tersebut. Tetapi kerana ini adalah tanggungjawab kami di Pixelworks untuk mengambil gambar perkahwinan pelanggan, saya tidak boleh biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja. Jadi saya membatalkan separuh rancangan saya untuk mengambil event ini yang jatuh pada hari ahad, 22 Februari 2009.

  • Barisan kawan- kawan pengantin yang manis- manis belaka

  • The Man of the Hour

Perjalanan saya bermula pada petang Sabtu dari Tg Malim (rumah parents saya selama 9 tahun lepas), terus menuju ke hentian sebelah USJ untuk mengambil barang dari ‘abg Radzi kita’ untuk tujuan penghantaran. Tepat jam 6.45pm saya pun memulakan perjalanan ke Segamat yang dikatakan mengambil kira- kira 2 jam.

Dalam artikel saya mengenai majlis di Tg Karang beberapa minggu lalu, saya ada mengatakan bahawa ada beberapa perkara yang saya buat untuk pertama kalinya. Kali ini juga ada satu perkara yang buat julung kalinya terjadi pada saya. Setelah keluar dari tol Tangkak, saya menggunakan jalan lama untuk ke Segamat yang mana jaraknya adalah lebih kurang 60km.

Pada masa inilah keajaiban telah berlaku. Untuk pertama kalinya, kereta saya ‘overheat‘ semasa dalam perjalanan jauh. Beberapa kilometer sebelum kereta saya ‘overheat‘, saya telah mengesan bunyi yang agak pelik dari enjin saya, tetapi saya teruskan juga kerana kawasan tersebut adalah hutan kelapa sawit. Bayangkan berhenti di tengah- tengah hutan kepala sawit pada jam 9 malam. Jadi saya teruskan juga perjalanan sehingga kereta saya tidak dapat menerima lagi kepanasan enjin lalu ia mematikan dirinya sendiri. Dalam ‘split-second’, dengan momentum kereta yang masih ada, saya menyusur ke bahu jalan dan berhenti. Dalam otak saya, “apa nak buat ni, kereta mati tengah- tengah hutan?”.

Namun, pada masa kereta saya berhenti, saya telah pun memasuki sebuah pekan kecil bernama Jementah. Dan nak dijadikan cerita, kira- kira hanya 30 meter dihadapan saya terdapat sebuah bengkel kereta yang masih bukak pada jam 9 malam! Perasaan bercampur aduk, kecewa dengan kereta saya tapi bersyukur kerana rosak di hadapan bengkel. Selepas menuggu enjin sejuk kira- kira 1 jam, saya dan mekanik mendapati enjin tidak ‘jammed’ seperti yg disangka, cuma minyak hitam dan air radiator kering sama sekali! Tidak lama selepas itu, saya teruskan perjalanan ke Segamat ditemani adik pengantin perempuan yang datang untuk membantu saya, terima kasih banyak2, hehe.

Setelah difikirkan balik di hotel malam itu, boleh dikatakan betapa bernasib baiknya saya atas apa yang berlaku. ‘it could have been worse than this’. Bayangkan jika kereta saya rosak di kawasan hutan, dan enjin saya ‘jammed‘ dan langsung tak dapat bergerak. Tetapi yang masih menjadi misteri, bagaimana enjin saya boleh overheat untuk pertama kali, padahal sebelum perjalanan semua perkara penting telah diperiksa. Benda nak jadi…

Pasangan Fazli dan Miza memang nampak padan dari luaran dan saya pasti dalaman mereka juga serasi melihat kepada telatah mereka sepanjang hari. Fazli seorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, dibuktikan dengan menghadapi proses akad nikah dengan penuh bergaya dan yakin. Miza pula walaupun sedikit malu- malu dan ‘keras’ untuk membuat pose, tetapi sebenarnya selamba dan gila- gila juga jika kami mempunyai masa yang lebih untuk bersama menjayakan sesi fotografi. Fazli memang tahu apa yang dia dan saya perlukan untuk mendapat gambar- gambar yang menarik, menjadikan komunikasi antara kami lancar dan lebih rileks. Namun, sesi outdoor pada sebelah petang tak dapat digunakan secara maksima kerana hujan menamatkan sesi tersebut lebih awal.

Satu perkara yang menarik untuk diceritakan disini, inilah kali pertama saya melihat masyarakat setempat bergotong royong memasak lauk dan persiapan di taman perumahan moden (bukan kampung). Selalunya gotong royong ini hanya terdapat di kampung, manakala taman perumahan lebih senang menggunakan khidmat katering. Tetapi di Segamat lain pula ‘style‘nya. Nasi briyani dan daging kambingnya memang ‘superb‘, menyebabkan saya ulang 3 ’round’ hanya meratah daging kambing tersebut, haha.

  • I personally love this shot

Disini saya nak ucapkan setinggi penghargaan kepada Radzi yang memberi saya peluang merasai pengalaman ini walaupun dapat ‘last minute’, Fazli dan Miza yang sporting dan amat senang didekati, ahli keluarga kedua- dua pihak terutamanya Firdaus yang datang dari Segamat ke Jementah untuk menolong saya malam tersebut.

Saya bertolak pulang ke KL jam 6 ptg dan terus menuju ke Sunway untuk menghadiri majlis ‘homecoming‘ seorang kawan jam 930 malam. Satu lagi pengalaman hidup untuk dikenang dan dijadikan teladan di masa hadapan.

“Do what you really love to do and getting paid for it as well”. Ia boleh menjadi realiti.
(a member of Pixelworks Photography. Visit www.pixelworks.com.my for updates & more funtography!!)

Advertisements

4 thoughts on “The ‘Act of God”

  1. diwantttttttttt!! how r you??? im doing good down here 🙂 * bwh mane tatau lak *

    nape embam skg??? hihiks. happy yerrr :p

    ps : good job!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s