Congratulation Our Friend


Written & experienced by: Ridhuan Abubakar @ Diwant®

Selepas shoot kawan aku d Puchong pada sebelah pagi Ahad 28/12/08, petang tu terus kami bertolak ke Penang untuk menghadiri kenduri kahwin kawan lama iatu Wanorashidi ‘Nistelrooy’ Wan Tajuddin. Cadang nak bertolak pukul 4pm, tapi oleh kerana ‘ketepatan’ masa Jay, kami bertolak hanya selepas pukul 5pm. Dah la pukul 5pm baru nak bertolak, singgah pulak Restoran Mohd Yassin Nasik Kandar yang terletak di Jalan Tunku Abd Rahman, berdekatan Tune Hotel. Ni semua gara- gara Farid yang hampir kebuluran kerana menunggu Jay, haha…

Kira- kira pukul 630pm jugak la baru bergerak dari KL. Sampai ja Penang, terus pi serbu nasik kandaq Kg Melayu yang kesedapannya dikatakan boleh mengakibatkan ‘stroke’ satu badan. Kami pun sampai hampir- hampir pukul 1030pm, jadi lauk pun dah tak banyak. Saya makan nasik lauk daging sahaja. Alhamdulillah, tiada sesiapa diantara kami yang kena stroke akibat makan nasik kandaq tersebut. Walaupun Farid & Nizar tegas mengatakan bahawa nasi disini lebih sedap berbanding nasik beratoq, tetapi saya kurang setuju dengan pendapait tersebuit. Ini kerana walaupun nasik kandaq Kg Melayu ni agak syurrrrr, tetapi kelikatan kuah kari nasik beratoq memang tidak dapat dtandingi, berpandukan lidah saya. Kalau nasik beratoq berada di skala 100, nasik Kg Melayu mendapat 99 mata, kurang satu jaa…

Selepas selesai makan, kami pi rumah Am untuk berehat- rehat sebelum membuat keputusan drastik untuk berkaraoke di RedBox Gurney Plaza. Kami ni budak2 PFS, jadi kalau kami plan sesuatu secara last minute mesti menjadi punya. Ramai jugak yang join sesi karaoke pada malam tersebut, hampir 13 orang jugak la. Selepas sesi melalak kami tamat pada lebih kurang pukul 3am, tak logik kalau tak singgah makan di nasik beratoq Masjid Kapitan Keling. Inilah nasik yang mendapat rating 100 daripada saya kerana kesedapan yang total. Cakap banyak takmau, mai sendiri rasa..

Doa banyak- banyak Shidi, cabaran besar menanti di hadapan..

Hari Isnin 29/12/08 adalah hari persandingan Shidi belah keluarganya, yang berlangsung di Dewan Rakyat Bayan Baru. Kami semua sampai pada pukul 1.30pm, bersama- sama anak antu free school yang lain, antaranya Syed Botak, Ustaz Nizar dan Ikhbaruszaman. Arif sampai lambat sikit.  Apa yang menarik pada kenduri ini adalah, walaupun Official Photographer pada hari tersebut hanya seorang iatu Husaini, tetapi jumlah kamera ala- ala professional yang terdapat di majlis tersebut seperti anak raja kahwin, hehe. Segala sudut pelik- pelik la depa ni dok ambik, sampai dengar kata mak Shidi pun pening kepala tengok ramai sangat dok ambik gambar…

Budak- budak yang sempat masuk dalam frame

Selepas lebih kurang 2 jam lebih kami lepak kat lokasi majlis (dok buat macam kedai mamak lak lepak lama- lama), kami pun berangkat ke Gurney Drive untuk pekena Pasemboq yang memang sempol. Disebabkan jumlah kedatangan yang agak ramai, tempat tu dah buat macam tempat sendiri, sembang tak reti nak pelan. Ada yang sembang politik, ada yang sembang topik merapu seperti ‘makan gaji adalah bisnes’, cakap- cakap pasal keluarga dan lain- lain yang merepek..

Dah tak cukup sembang kat stall pasemboq, kami sambung pulak di Segafredo Gurney Plaza kerana hujan. Sembang punya sembang, Mahadhir sempat mempromosi album terbarunya yang bertajuk OM, terus terang aku pun taktau apa maksudnya. Album tersebut laris seperti pisang goreng panas Tmn Melawati. Dalam 10 minit saja, 8 unit album terjual, ada kemungkinan album ini meletup di pasaran tempatan, insyaAllah!

Akhirnya pada pukul 8.30pm, kami pun berangakat pulang ke KL dengan rasa yang agak muram kerana tak sempat merasa nasik briyani Hameediyah. Tapi apa pun, walaupun trip kami agak singat, kepuasan jelas terasa kerana dapat berjumpa kawan- kawan terutamanya Raja dan Permaisuri pada hari tersebut, Shidi & Emmy. Semoga mereka berkekalan ke akhir hayat dan bahagia selamanya..

Selamaiittt Pengantin Baru mait, orang Penang kata…

Ahli- ahli yang menyertai road trip ke penang:

1. Zaidi O

2. Manchi

3. Hazairi ‘Jay’

4. Farid

5. Azali

6. Am

7. Ridhuan ‘Beckster’

Advertisements

8 thoughts on “Congratulation Our Friend

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s