Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah


Written & experienced by Ridhuan Abubakar

(Please visit http://diwant.fotopages.com for my previous portfolio)

Sepatutnya, majlis pernikahan pasangan ini diliputi oleh saya pada hari Sabtu 13/12/08, tetapi terpaksa saya batakan hasrat tersebut atas sebab yang memang tidak dapat dielakkan. Saya ada juga rasa bersalah kepada pasangan Sobri & Nurul Umie dan juga kepada Nik kerana memberi notis pada masa yang singkat. Tetapi terima kasih kepada Nik Pixelworks kerana memahami situasi saya dan telah mendapat pengganti tepat pada masanya. Harapan saya penggantinya adalah lebih bagus daripada saya dan mereka berpuas hati dengan hasil kerja beliau.

Jadi, disebabkan pembatalan saat akhir saya untuk meliputi majlis pernikahan pasangan ‘Risda’ Sobri & Nurul ini, saya berasa perlu untuk memberi sesuatu yang lebih dari biasa, atau tidak pun sebagai ‘balasan’ kerana kejadian semalam.  Majlis persandingan mereka berlangsung pada hari Ahad 14/12/08. Sebab saya memanggil mereka pasangan ‘Risda’ kerana majlis mereka berlangsung di dewan dalam bangunan Risda di Jalan Ampang.

Saya ‘enjoy’ mengambil gambar pasangan ini kerana amat sporting dan mudah senyum di hadapan kamera. Walaupun tugas kita sebagai jurugambar untuk mengarahkan mereka membat pose- pose tertentu, tetapi mengarah atau ‘menggalakkan’ mereka untuk senyum bukanlah sesuatu perkara yang senang. Walaupun mereka akan senyum untuk seketika apabila kita cakap “senyum, nanti nyesal tgk album kalau x senyum”, tapi senyuman itu adalah dibuat- buat dan tidak akan nampak ‘natural’ atau spontan. Tetapi dengan pasangan Sobri & Nurul ini, mereka seolah- olah tahu apa yang dikenehdaki oleh saya dan mereka sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi dan pemahaman tentang tanggungjawab masing- masing. Ini adalah anugerah…

Sebagai contoh, dalam sesuatu ‘pose’ yang saya suruh mereka lakukan, mereka tahu bahawa ‘pose’ itu memerlukan mimik muka yang serius, jadi mereka menggayakan mimik muka yang serius tanpa disuruh, maka emosi tersebut nampak ‘natural’ dan mungkin mereka tahu bagaimana hasilnya kelak. Begitu juga sebaliknya. Tetapi perlu diingat juga, bukan semua orang mempunyai deria ini, tetapi saya berasa agak bertuah kerana mendapat pasangan seperti Sobri & Nurul pada hari ini. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dan faham apa yang saya ingin lakukan.

Amat mengejutkan saya apabila melihat perkarangan bangunan Risda ini. Tak sangka langsung, senibina ‘old-skool’ dari luaran, sebenarnya telah diberi sentuhan moden, mungkin lebih tepat dikatakan lebih berseni yang langsung tidak menyerupai luarannya. Pepatah ‘ Don’t judge a book by it’s cover’ amat tepat sekali.  Di ruangan lobi saja, terdapat beberapa seksyen yang mempunyai senireka yang berlainan, menjadikan sesi pose tersebut amat menarik dan menguji minda untuk mencari sudut yang menarik. Saya rasa dengan masa yang ada, saya telah menolak kreativiti saya ke tahap yang termampu untuk hari tersebut. Apa yang saya sedari ialah masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki. Hanya yang saya harapkan adalah agar pasangan ini tidak kecewa dengan hasilnya kelak..

Pada pendapat saya, meliputi majlis perkahwinan sebagai jurugambar bukanlah sekadar ‘just another job’, tetapi suatu pengalaman yang unik yang hanya dapat dirasai oleh kita sendiri pada sesuatu majlis. Pengalaman walaupun negatif atau positif, akan dijadikan panduan untuk pengalaman- pengalaman berikutnya. Akhir kata, selamat pengantin baru kepada Sobri & Nurul, dan tunggu sajalah album anda yang akan sampai dalam masa yang ditetapkan InsyaAllah. Lepas ni, Bangi – Negeri Sembilan la jawabnya, hehehe…

(a member of Pixelworks Photography. Visit www.pixelworks.com.my for further info on packages and our nature of business)

Advertisements

3 thoughts on “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

  1. thanx a lot o diwant.mmg best shoot ngan diwant..saya dan sobri sgt berpuas hati kerjasama ngan diwant..tak sabar nk tgk gmbr2 smlm..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s