Posted by: diwantpixel | 17/06/2009

Hazwan & Iera di Dewan Gemalasari, Ampang

Written by: Ridhuan Abu Bakar (diwant)

A member of Pixelworks Photography & Design http://www.pixelworks.com.my

SEPERTI yang telah dijanjikan pada posting yang lepas, kali ni saya masukkan entry persandingan Hazwan & Iera yang berlangsung dengan jaya dan happening di Dewan Gealasari, Bangunan RISDA Jalan Ampang pada hujung bulan lepas. Untuk pengetahuan hangpa semua, ini adalah kali kedua saya ambik gambaq di Dewan ini. Tetapi agak mengejutkan juga kerana rupa dalaman dewan ni berbeza sama sekali dengan time saya shoot kali pertama dulu. Depa dah renovate apa lebih kurang dan dalam bahasa inggeris depa kata facelift. Memang cun…

Pasangan sentiasa happy Hazwan & Iera ni mengenakan tema pink & putih, yang secara tak langsung kena dengan suasana dewan tersebut terutama warna wallpaper yang bewarna maroon, jadi nampak macam renovation tu ikut kehendak depa. Agaknya keluarga Hazwan & Iera ni besaq kerana jumlah hadirin yang datang tak henti- henti dan meja disitu sentiasa penuh dengan tetamu yang makan dan lepak- lepak. Memang happening..

Majlis itu juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang anggota. Yang menariknya 4 orang anggota tersebut adalah anak- beranak satu keluarga, huhu. Memang sempoi. Mereka teridiri daripada: 1 mak, 2 anak perempuan dan 1 anak laki. Jangan main- main, semua depa suara sedap dan pandai nyanyi, bukan sorang dua ja pandai dan yang lain tu setakat tangkap muat.

Terima kasih kepada Hazwan & Iera dengan kerjasama hangpa dengan saya dan Pixelworks. Tak lupa juga pada sedara- sedara dan kawan- kawan yang hadir yang memang sporting abih. Harapan kami semoga hangpa dua bahagia selalu dan mungkin kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan, insyaAllah…

P/S: Perhatikan text yang tidak mengikut tatabahasa yang betul serta campuran bahasa inggeris secara rojak adalah disengajakan untuk memberi kelainan daripada sebelumnya, hahahaha….


Responses

  1. diwant…yg close up edit2 la sket…huhuhu

  2. sudah edit, huhu..
    thx kerana sudi melawat


Leave a response

Your response:

Categories